Khamis, 5 Mei 2022

AKU MASIH DI SINI MENANTI

 






AKU MASIH DI SINI MENANTI 
 
Hey kawan !
sejak Mentari terbit
aku masih di sini menti
di kaki bukit
sehingga Mentari berada
di puncak gunung
Kelibatmu tiada juga ?
 
Aku masih setia
Tetapi engkau masih juga
tidak kelihatan
seperti mana yang aku harapkan
perlukah aku menanti lagi
sehingga Mentari jatuh
di hujung senja ?
 
 
Oleh Admin Muda 
Catatan jam 3.30  petang

Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.


JANGAN MENCABAR TAKDIR ILAHI?

 







JANGAN MENCABAR TAKDIR ILAHI? 

 
Ternyta hari ini
Manusia terlalu celupar
Berani mereka mencabar takdir Illahii.
 
Ada melakukan
Kerja terkeji luar tabie,
Langsong tidak takut bencana Allah SWT.
 
Berjanji pandai
Bukan lagi kitab suci ?
Tidak lagi perlu kita tunaikan semuanya.
 
Bagi mereka !
Agama semua sama ?
Kawin senenis tohmah dan fitnah biasa ?
 
 
Oleh Geletek Petang
Catatan jam 3.30  petang
Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.

TIADA BEBAN BATU DIGALAS ?

 






TIADA BEBAN BATU DIGALAS ? 
 
Dahulunya
Sudah pun diberi tahu
Dia tidak akan bermain lagi panca silat
Cuma kalua diminta tunjuk ajar bpleh di luar gelangang saja
Itulah peringatan dan pesanan wasiat yang dilontar dari bibir dalam hatinya .
 
Tetapi kini
Berlainan pula jadinya
Tetiba dia masuk gelanggang semula
Lantas dia melompat memecah silat  menghunus kerisnya
Mencabar para ahli silat yang tidak sebulu dengan kehendak hati nuraninya .
 
Wah hebat
Kini ternyata berjaya
Menguasai gelanggang silat sepenuhnya
Mengangkat dirinya sebagai ketua gelanggang ke duakali
Kini dia terpaksalah menjalankan tugas bagaikan tidak ada beban batu digalas .
 

Oleh Geletek Petang
Catatan jam 3.30  petang
Hari  Khamis Tarikh 31hb Mach 2022.

IBU AKU INGIN BERPUISI

 







IBU AKU INGIN BERPUISI 
 
Ibu,
Aku tahu
Kau telah lama pergi
Kini aku ingin mencatat puisi
Tentang segala cerita kehidupan aku dini hari.
 
Ibu,
Betapalah
Bila engkau tiada lagi
Aku selalu saja resah gelisah
Hilang segala panduan dalam perjalanan hidup.
 
Ibu,
Sedihnya
Bila aku mengenang
Susah senang kau mengharungi
Jerit pekek buat membesarkan aku di hari ini .
 
Oleh Tinta Azimat
Catatan jam 11.30 malam
Hari  Rabu Tarikh 30hb Mach 2022.

RINDU DI HUJUNG SEPI









RINDU DI HUJUNG SEPI 
 
 
Bila,
Aku berada di hujung sepi
Cukup terasa , bagaikan ada satu kehilangan
Bila orang yang aku  rindui selama ini telah Kembali kepangkuan Illah,i
 
Dulu,
Aku selalu saja melupainya
Kerana masa selalu saja menganggu diriku
Sehingga menjadikan Langkah-langkah aku selalu pincang dan goyang.
 
 
Kini,
Kerinduanku di hujung sepi
Tangisan serta  air mata tidak berguna lagi
Segalanya telah hilang rasa kekesalan dan kepiluan di hati tidak beerti.
 
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 1.30 Tengah hari
Hari  Selasa  Tarikh 29hb Mach 2022.