Jumaat, 5 Mac 2021

.AKU SELALU JUMPA DUIT?



.AKU SELALU JUMPA DUIT? 
 
Kenapa ya ?
Aku selalu jumpa duit atau wang
Sejak di bangku sekolah rendah hingga kini sudah bersara
Aku selalu jumpa duit atau wang kertas di jalanan takt ahu siapa punya ?
Aku tdak tahu siapa punya aku kekadang aku ambil sedekah dekat masjid niat pahala dia punya.
 
Sebenarnya:
Aku kini sudah menjadi persara
Daripada  salah seorang perkhidmatan kaki tangan kerajaan
Kekadang aku berjalan masih berjumpa duit seling atau pun  wang kertas?
Selling berpuluh sen, dan wang kertas berpuluh ringgit aku takt ahu siapa punya tuan ampunya.
 
Hingga kini !
Aku dapat lagi besar jumlahnya
Sehingga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit aku terima
Aku tidak pun mencuri tetapi ada orang yang memberi bila aku terdesak?
Sejak tahun 2017 sehingga ke hari ini 2021 hamper 18 ribu aku perolehi dari Jumpa Wang Ajaib.
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 2.00 petang
Hari  Rabua 24hb Februari 2021.
 
 


UMNO , DULU, KINI DAN SELAMANYA.


 




UMNO , DULU, KINI DAN SELAMANYA. 
 
UMNO
Dulu kau lahir
Gah sebagai perjuang
Pembela agama bangsa dan negara
Kini nasib 75 tahun dulu mulai berubah diarus zaman.
 
UMNO
Kini kau diarus
Digetal dan tranfomasi
Maklumat datang pantas dan cepat
Malah Dunia kini dihujung jari kita untuk berkominikasi.
 
UMNO
Selamanya kau
Akan dicabaran musuh
Daripada dalam dan luar kotak minda
Kerana kau parti umat melayu yang mampu bersaing.
 
UMNO
Parti Melayuku
Semoga kau selamanya
Berdiri teguh kukuh terus berkuasa
Janaganlah kau biarkan anak cucu cicit kita menderita .
 
Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 2.00 petang
Selasa 25hb Februari 2021.

JANGAN SILAP TAFSIR PEREMPUAN?



JANGAN SILAP TAFSIR PEREMPUAN? 
 
Perempuan
Kau yunit pada lelaki
Yang cantek dan menarik dapt perhatian .
 
Tetapi sayang
Kau selalu pemangsa
Apabila buruk dan hudoh dipandang hina .
 
Lelaki sebenar
Bukan begitu sikapnya
Mereka tahu perempuan itu ibu mereka .
 
Satu kesilapan
Lelaki melihat wanita?
Tempat melepaskan nafsu berahi sahaja.
 
Jikalau begitu
Amat mengecewakan?
Allah men jadikan hidup ini berpasangan.
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 4 petang
Selasa 23hb Februari 2021.


JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR




JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR 
 
Hari ini terlalu banyak
Cerita- cerita tidak sepatutnya berlaku
Menjadi semacam satu budaya bangsa pula
Terutama gemar melakukan kerja onar dan mungkar.


Budaya ini telah tenat
Malah berlakunya secara bersiri pula
Entah apa pula yang mereka ini perjuangkan
Kalau ditanya peserta pun tidak tahu apa tujuannya ?
 
Sebaik seorang rakyat
Hidup dalam Negara seperti Malaysia
Jangan timbulkan kerja onar dan mungkar
Semoga Malaysia dihormati ada rakyat berbilang bangsa..
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan 13 Ogos 2015
Khamis 8.45 pagi


AKU DAN PUISI



AKU DAN PUISI
 
Aku dan puisi
Bagaikan sebati
Dengan diri sendiri
tidak boleh dipisahkan
Seperti lagu dan irama
Musnahlah harapan
Hilanglah impian.
Jika aku tidak mencatatnya.
Jika aku tidak menulis
Terasa pincang pula
Dan rasa terlepas
Satu catatan
mungkin berharga
dalam nilai sejarah
buat penulis baru
untuk menilai kehidupan kita.
 
Oleh: Nuri Mnja,
Catatan jam 6.00 pagi
Ahad 31hb Januari 2016.
Bulan Januari ada 40 catatan puisi citranuri