Jumaat, 19 Januari 2018

DULU KITA LAIN


batak.jpg


DULU KITA LAIN

Dulu kita lain
Hari ini kita lain pula
Esok dan hari akan datang
Kami belum tahu ragam kita bagaimana?
Bila kita dinaikkan adalah hasil usaha bukan saudara

Dulu kita Yb
Ada ramai penyokong
Di atas parti yang kita dokong
Tetiba kita melompat ke arah parti lain?
Bila kita kira banyak peluang dan ingin merebutnya ?

Hari ini kita
Hilang songkok ketayap
Lambang putih yang di bangga
Jangan lupa kawasan kita pengundinya
Mudah berubah hati jika mereka rasa dipermainkan.

Kami Cuma
Melihat tabiat pengundi
gemar menukar Yb kawasan
Jangan setelah songkok putih kita hilang
Diikuti PRU14 nanti kerusi lembut Yb pula akan hilang.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.40 pagi
Hari Khamis 11 Januari 2018.

JANGAN MENIDAKKAN HAK ORANG LAIN


images.jpg


JANGAN MENIDAKKAN HAK ORANG LAIN 


Di mana silapnya kita ?
Jika cuba menidakkan hak orang lain
Sedangkan itulah hak dan rezeki mereka ditetapkan
Kita bertugas sebagai yang berwajib enggan memberi sokongan
Adakah kita inginkan sedikit ganjaran atau tip dipanggil sebagai rasuah ?

Bertugas kerana Allah!
Pasti banyak ganjaran berlipat ganda
Kerja kita itu tanggung jawab sebagai satu ibadah
Jikalau  kita jalankan dengan penuh rasa ikhlas hati dan didik kasi
Bukan buat lebih kurang atau ala kadar suka hati rasa tak suka tidak buat.



Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Sabtu  6hb Januari 2018.



Jumaat, 5 Januari 2018

BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA


aku+pulang.jpg

3.BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA

Aku telah banyak melihat
Kehidupan masyarakat orang-orang  kita
Bila mereka berada di punca menjadi penghuni gunung
Sering terlupa orang-orang sebangsa kita tinggal di lembah atau paya
Cuma meminta sokongan tanda tangan surat menyurat terasa berat dan susah.

Mereka semacam terlupa
Bila gunung ganang juga boleh di runtuh
Mereka yang duduk di atas akan rosak binasa jadinya
Sedangkan orang di lembah sebenarnya terlalu biasa dengan bencana
Hujan lebat banjir besar dan tanah runtuh  tanaman musnah kediaman  ranap.

 Sepatut  kita menolong
Tidak  kira di antara satu sama yang lain
Jangan fikir engkau di puncak atau tinggal di lembah
Kita hidup di dunia ini membena masyarakat yang sederhana watanya
Kerana kita ingin keikhlasan  keredhaan bertugas demi dunia dan juga akhirat.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Srabu  3hb Januari 2018.


UBAT -UBATAN


seorang tua.jpg

2.UBAT -UBATAN

Ubat –ubatan ini
Semacam wajib buat seorang tua
Pamanku punya sebakul bekalan ubat- ubatnya
Pitam, resedung, asma, minyak angin.  Ubat selsema dlln.
Pamanku setiap hari mesti berubat ada sahaja sakit-sakitnya menyerang.

Sesekali kita fikir
Ubat  semacam pirisai penangkis
Bila penyakit datang menyerang bila masa saja
Ubat-ubatan ini bertidak balas telah disediakan siap siaga
Justeruitu jangan hairan jikalau bekalannya sampai sebakul palastik kecil.

Waktu pagi-pagi
Selsema hidung tersumbat berair
Ubat resedung di perlukan untuk menangkisnya
Sakit urat sendi tulang , pinggang ,tengok pitam atau asma
MInyak angin untuk sapu dan berbagai pil untuk di telan bersama air sejuk.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.20 pagi
Hari Selasa tanggal 2hb Januari 2018.               

DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT


nelayan.jpg

1.DULU KITA GARAM KINI  KITA MENJADI ULAT

Kalau Dahulu
Kitalah garam jantan
Untuk menyelamatkan ikan-ikan
Dari terus berbau busuk berenga dan berulat
Semoga boleh jadi ikan-ikan kering yang tahan dan sedap.

Tetapi hari ini
Kitalah ulat berengnga
Menyerang  ikan -ikan  di pantai
Biar cepat berulat , berengnga busuk berbau
Adakah ini satu agenda dalam hidup  kita dijadikan Tuhan.

Marah itu api
Jikalau dituang minyak
Mudah  sesangat ianya terbakar
Perlukah kita kini turut bersama bermain api
Bagi membakar laut, pantai, sampan, pukat dan ikan-ikan .

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 9.55 malam
Hari Isnin tanggal 1hb Januari 2018.