Memaparkan catatan dengan label peduli apa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peduli apa. Papar semua catatan

Rabu, 23 Jun 2010

PEDULI APA ORANG LAIN KATA


Bila ada ilham untuk menulis
tulislah apa yang kau rasakan
tidak perlu kisah siapa kita,
bukanya seorang penyair Agong
atau meniru gaya siapa-siapa;
tulis apa yang kau  mahu tulis
ilham itu hanya pemberian tuhan
mengapa kita mesti berkira-kira
siapa yang kepenging membacanya
silakan,ambillah tulisanku ini
bukannya aku ada menanggung rugi,
ilham pasti datang bila jiwa tenang.
aku sekadar suka-suka untuk berbicara
dengan kawan-kawan,teman dan sahabat
kerana tuhan mempersuaikenalkan kita
diruang blog gurau senda berbual mesra
aku tidak akan rugi atau pun muplis
kerana ilham itu bagai laut yang luas
terlalu sukar untuk kita keringkan
walaupun panas seribu tahun lamanya
atau bila engkau ceduk setimba darinya.
dan ikan juga tetap tawar di laut masin
aku pun rasanya kepengin jadi begitu....
.
Oleh; Nurimanja,
waktu ketiadaan idia
kita pun terasa gelisah
jun, 2010 ahad, hujung minggu