Memaparkan catatan dengan label Mawar Harum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mawar Harum. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

GAM



 sajak pilihan ahli Cr


Selalu hati ini berkecai
tapi setiap kali ada senyuman
pujukan menjadi gam
yang mencantumkan kembali
kecaian-kecaian itu.
Tapi gam yang aku pilih
bukanlah Gam UHU atau Gam Gajah
kerana gam-gam yang itu
kukuh kuat kesan cantumannya.
Untuk awak cantum hati saya,
jadi saya pilih gam biasa.
mudah terurai kembali cantumannya
supaya hati ini tidak sukar berkecai di lain hari.
Sebab sebenarnya rasa hati berkecai itu
sedap, aku suka dan baik untuk kebahagiaan.

 
Oleh: Mawar Harum
11 mlm kolej KLMU
Diterbitkan semula 21/03/2011
Dicatat oleh Nurimanja di 11:35 AM