Khamis, 30 Mei 2024

BERGEMA TAKBIR HARI RAYA AIDIL FITRI






BERGEMA TAKBIR HARI RAYA AIDIL FITRI

-buat yang jauh diseberang -
-Bergema takbir aidil fitri,
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji namamu illahi
Kerana esok ada pesta kejayaan
Buat pengorbanan ibadat sebulan.
-Bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara
Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara sendu dan sayu
Tangisi seorang anak kelangan ibu.
-Bergema takbir aidil fitri,
alunan suaranya melewati kamar
Senyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku sedih dibuai resah
Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,

Oleh; Nurimanja,
Laut Cina Selatan, Siar Berneo Post, Julai 1981
Siar semula 2/5/22 1 Dyawal 1443H photo hiasan cuma.

 


Tiada ulasan: