Isnin, 20 Mei 2024

ADA SATU MALAM YANG KUCARI







PUISI PILIHAN RAMADAN AL MUBARAK 1444H
ADA SATU MALAM YANG KUCARI
 
Ada satu malam yang kucari
Dalam letih lesu puasaku
Dibawah restumu ramadan
Aku bangun di hujung malam
Bersimpuh memanjat doa
Mencari malam seribu bulan
Semoga berkatilah hidupku ini
bagai kembara dibumi gersang
berikanlah taufik dan hidayah
bersama para syuhada dan solehin
kerana rindu tiada batasan ini
mengamit paggilan ke pintu syurga
Dimana Janatul Naim dan Makwa
Benarkan aku melepas dahaga
Setitik air di telaga al kausyar
Semoga di akhir ramadan ini Semoga
dapat bertemu kembali
Di bulan ramadan di tahun depan.
 
Oleh; Nurimanja,
BBPTK . Pulau Mutiara , 4hb, September, 2009,
Photo cuma hiasan SS 20/4/2023
 

Tiada ulasan: