Khamis, 30 Mei 2024

TAUBAT YANG SEBENAR

 






TAUBAT YANG SEBENAR
 
Taubat yang sebenar
ada penyesalan di hati sehingga menitiskan air mata
dengan apa yang telah berlaku itu
Mengambil hak orang
pulangkanlah dengan segera jika tersilap kata atau dusta
pohon ampun dan maaf dengan segera
Solat sunat dua rakaat
berastafar 70 atau 100 kali kita bertaubat kerana berdosa
para wali bertaubat membersihkan jiwa
para ambiak bertaubat kerana kesyukurannya.
Dosa lain akan diampun
kecuali syirik dengan Allah ataupun nyawa sudah dekat khalkum
dan taubat sudah hampir hari akan Qiamat.

OLEH: Qalam Mutiara,
Catatan Penceramah Bebas,
Sewaktu kuliah subuh, 29/6/2010


 





ADAKAH CUMA ISLAM RAMAHTAN LILALAMIN?


Yaa Pak Benar sekali

!00% setuju tanpa ada keraguan

kalua kita sahaja menunjukan kerahamatan

Pada manusia, jin , haiwan, pokok, bukit dan lam jamadat

Sedangkan sesame mahkluk non muslim mereka hanya mengacam kita kini ?


Bagaimana pula Pak ?

Kalau orang Islam sahaja berbaik

Sedangkan non muslim mencari hal sahaja

Untuk menyakit dan menentang dakwah agama kita Pak?

Adakah perlu berpeluh tubuh kata tiada masalah cuma sementarasa sahaja?


Apakah Islam kita ?

Terlalu Lebreal berbaik sangka

dengan semua mahkauk hidup di dunia ini ?

Walaupun kita ditembak beramai sewaktu solat jumaat?

Adakah kita cuma layak sediakan kain kapan sahaja untuk kebumikan mayat


Oleh Suara Pulau.

Catatan jam 9.45 pagi

Tarikh Ahad 17hb Mac 2019

 




BERSAMA SINAR MENTARI PAGI

 






BERSAMA SINAR MENTARI PAGI


Selamat bercuti cikgu!

Buat semua yang pernah mengajarku

Demi buat persediaan menghadapi kehidupan.

Cikgu setiap jasamu tetap aku kenang!

Susah payahmu mendidik dan mengajarku

Dalam mengenal menulis, membaca dan mengira.

Kini terimalah doa rastuku!

Semoga sejahtera dalam kehidupanmu

Jasamu tetap dikenang sepanjang hayat bagiku.

Terima kasih Cikgu !!


Oleh: Pena Mutiara

Catatan rengkas pagi ini

bergembiralah dalam percutian ini.2014

 


BERGEMA TAKBIR HARI RAYA AIDIL FITRI






BERGEMA TAKBIR HARI RAYA AIDIL FITRI

-buat yang jauh diseberang -
-Bergema takbir aidil fitri,
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji namamu illahi
Kerana esok ada pesta kejayaan
Buat pengorbanan ibadat sebulan.
-Bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara
Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara sendu dan sayu
Tangisi seorang anak kelangan ibu.
-Bergema takbir aidil fitri,
alunan suaranya melewati kamar
Senyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku sedih dibuai resah
Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,

Oleh; Nurimanja,
Laut Cina Selatan, Siar Berneo Post, Julai 1981
Siar semula 2/5/22 1 Dyawal 1443H photo hiasan cuma.

 


Isnin, 20 Mei 2024

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

 




PENANTIAN SATU PENYEKSAAN
 
 
Merenung
Tajuk sebuah lagu
Penantian satu penyeksaan
Apakah yang berlaku ke atas PM6?
Mengapa mesti menjadi rumah siap pahat berbunyi?
 
Dunia pun
Melihat melontar
Bertanyaan penuh suspen
Rakyat terharu penuh kekeliruan?
Dimana keadailan cekao Amanah bersih dilaungkan?
 
Janganlah
Sembang sahaja
Kata serang Yb anak muda
Jangan biarkan pepatah melayu ?
Tangan kiri sakau tangan kanan sembunyi diam diri?
 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 6 .00 pagi
Tanggal Khamis 8hb February 2024










1 SYAWAL RATU AGONG
-buat sahabat CITRARASA
 
Satu Syawal
kau datang lagi menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.
Jika kau dedaun emas
gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu untukmu
syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..
 
Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara. 25 November, 2001.
Photo cuma hiasan SS 20/4/2023

ADA SATU MALAM YANG KUCARI







PUISI PILIHAN RAMADAN AL MUBARAK 1444H
ADA SATU MALAM YANG KUCARI
 
Ada satu malam yang kucari
Dalam letih lesu puasaku
Dibawah restumu ramadan
Aku bangun di hujung malam
Bersimpuh memanjat doa
Mencari malam seribu bulan
Semoga berkatilah hidupku ini
bagai kembara dibumi gersang
berikanlah taufik dan hidayah
bersama para syuhada dan solehin
kerana rindu tiada batasan ini
mengamit paggilan ke pintu syurga
Dimana Janatul Naim dan Makwa
Benarkan aku melepas dahaga
Setitik air di telaga al kausyar
Semoga di akhir ramadan ini Semoga
dapat bertemu kembali
Di bulan ramadan di tahun depan.
 
Oleh; Nurimanja,
BBPTK . Pulau Mutiara , 4hb, September, 2009,
Photo cuma hiasan SS 20/4/2023
 

ADA DHUAN ATAU KABUS KEMARAU KERING e

 






ADA DHUAN ATAU KABUS KEMARAU KERING
 
Bila Allah menghantarkan kabus kemarau kering
Manusia mulai resah dan gelisah menghadapinya.
Dulu banjir. gempa bumi , tshunami dan rebut taupan
Ingat semuanya itu satu peringatan dan pengajaran
Bunga-bunga kiamat kecil telah pun lama bermula
Cuma hari kiamat besar bila berlaku kita belum tahu
Kerana Allah tidak menetapkannya tahun dan tarikh
Melainkan kita ingat seperti mati yang tidak tahu bila ?
Ad Dhuan dan Al Kup atau kabus kemarau kering
Ini adalah sekadar gambaran rahsia Allah SWT
Untuk kita berfikir dan menilai hari kematian kita
Agar umat manusia selalu bersedia menghadapinya .
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 . 00 pagi
Hari Ahad Tarikh 25 Oktober 2015.
Photo cuma giasan AA 15/4/2023

 



BILA MALAM BERLABUH







BILA MALAM BERLABUH
 
Bila malam berlabuh!
Aku pun mengutip kenangan
Yang pernah bermain di benak hati
Tentang musim-musim yang pernah aku lalui
Bersama keluarga , adik beradik dan teman sekerja,
 
Bila malam berlabuh!
Di waktu –waktu beginilah
Aku sering terkenang kisah yang lalu
Ingin aku himpun segala cerita suka duka ku
Untuk aku jadikan sebuah catatan sebagai renungan.
ila malam berlabuh!
 
Bila malam berlabuh
Hatiku pun dipagut resah
Menilai tentang dosa-dosa yang lama
Membandingan dengan amalan kebajikkanku
Manalah yang lebih banyak untuk aku dihakimkan nanti.
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.40petang
Tanggal 8hb Februari 2016 SS 14/4/2023



Jumaat, 10 Mei 2024

AWAN HITAM ENGGAN BERARAK PERGI

 






AWAN HITAM ENGGAN BERARAK PERGI

 

Awan hitam

Masih enggan jugaA

berarak pergimeninggalkan  langit

Bwgitu tenat seleputi awan mendung hitam

Sehingga kini masih mencengkam ruang di langit birukita

 

Ada situasi

Masih mendesak ini

awan hitam jangan berarak pergi

Nah Ada dua angin kencang masih bertiup

Cuma dibenarkan pengurang beban satu lagi peno;akan

 

Perlu pasrah

Apakah ini taldir?

Sudah tercatat di Lulmahfut sana

Bahawa orang bemar di tomah dan difitnah

Bagi menjatuhkan demi agenda wacana keji dan kotor

 

 

Oleh Qalam Mutiara  13

Catatan Jauh malam 3.00 pagi

Hari Isnin Tarikh 3hb Februari  2024

 


SEBUAH NEGARA ADIL

 






SEBUAH NEGARA ADIL
 
Untuk wujudkan,
se buah pemerentahan,
Baladun taiyibatun warabbul ghapur,
 
Natijah negaradil,
Nerlukah kita melakukan,
perkara mungkar bukan ketelusan?
 
Lantas Perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belikkan fakta?
 
Perlu Ingatlah,
kerana dunia tidak abadi
cuma tempat bermain dan sukasaja.
 
Oleh ; Nurimanja,
Telok Kumbar,
5.Mei 2004 kampung dilanda Tshunami

 




BILA KIPAS SILLING RUMAHKU BERKATA -KATA ?







BILA KIPAS SILLING RUMAHKU BERKATA -KATA ?
 
Tidak ada yang aneh
Kalua aku katakan kepada kalian
Bahawa dalam bulan Puasa Ramadan 1444H
Kipas sillibg rumahku boleh berkata-kata hang dua tiga perkataan
Cukup menakjupkan bila ianya menyebut Ilailahainllallah > Subenanallah? Beri Salam ?
Semunya berlaku pada malam ganjil 10 malam terakhir bulan Ramadan terutama malam 29 Ramadan 1444H
 
Maaf cakap rerakan
Sebelum ini pun aku pernah temui
Malam ganjil kelebihan malam seribu bulan ini
Malam 27 Ramadan dalam bilik tidurku dipercek air bau kastuei
Hamper tiga bulan semua perhiasan dalam bilik tidur aku itu berbau wangi luar biasa?
Pernah juga malam 21 Ramadan selepas tahajud jam 5,30 pagi ku buka tingkap ada daun pelam dodol beratib?
 
Pernah juga berlaku
Pada 25 Ramadan malam ganjil
Pamnku terpaksa bersara dalam bulan puasa
Dia bercakap dengan pokok pisang serendah yang dia tanam
Dua hari lagi aku akan bersara bolehkah kau masak sebiji buat aku buka puasa nanti ?
Ternyata petang itu pisang serendah ada masak sebiji dibuat berbuka puasa dalam majlis persaraannya itu ?
 
Catatan Pena Runcing
Jam 5,30 pagi
Tarikh 28/4/2023
Photo cuma hiasan

APA JADI DENGAN TOL LEE KINI ?







APA JADI DENGAN TOL LEE KINI 

Dimana Tok Lee ?
Berdagang di pasar malam
Jual apa ini Tok Lee?
Cok Kodok dan tepung talam
Ada untung ke Tok Lee?
Boleh hidup nak cari makan
Boleh kaya Tok Lee?
Engkau ini jangan cari pasal ?
Sebab apa Tok Lee?
Mana ada orang boleh kayaraya ?
Kenapa Tok Lee?
Sekadar jual cok kodok dan tepong talam ?
Maaf Tok Lee jumpa lain kali , Beredar dulu Tok Lee.
Sila kau merambus dari sekarang ?
Janganlah marah Tpl Lee
Anak muda sekarang memang kurang adap?
Maafkan kami Tok Lee Zahir batin ?
Apa anak muda lani sama dengan orang politik ?
Kenapa Tok Lee?
Cakap banyak kaki temberang ?

Oleh Admin Muda,
Jam 9.30 malam
Hari Ahad Tarikh 6/3/2023, dan 29/4/2023
Sambungan puisi Tok Lee photo cuma hiasan