Selasa, 30 April 2024

TERKENANG

 






TERKENANG
 
Masa aku muda belia
di sekolah pondok
setiap pagi
aku meredah subuh
dengan menyedut udara
begitu yaman terasa
tidak ada satu keindahan
dan kenekmatan
melainkan menyedut udara Allah
sambil menyebut subeha nallah
berbondong ke masjid
solat berjumaah
kemudian aku mengikuti
tazkirah daripada tok guru
yang tidak pernah jemu
berdakwah menyebarkan Agama Allah.
Makasih Ustaz yang mrngajarku
Halalkan segala ilmumu itu
kini semua telah menjadi aruah.
semoga Allah mencucuri rahmatNya
Amin Amin ya Rabbal alamin
 
 
Oleh Amin Muda
Catatan jam 8 .00 pagi
Hari Sabtu 16hb Julai, 2016.

 


Tiada ulasan: