Sabtu, 20 April 2024

DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN CUKUP BAIK TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.






DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN CUKUP BAIK
TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.
 
Wahai manusia!
Ketahuilah Dunia ini
Punya umur ada penghakhirnya.
Kini digambarkan dunia sudah tua nampaknya
Maka perlulah kita ketahui gambarannya kepada manusia ?
 
Contohnya kini
Seorang sudah tua
Banyak fungsinya telah hilang.
Mata rabun, telinga kurang pendengarannya
Kulit pula mulai berkedut tenaga dan fikiran kian lemah.
 
Justeruitulah!
Kita jangan pula lupa
Sebagi orang yang beriman
Mereka kena faham dan mengerti kehidupan
Kerana kehidupan ini ada penghujung di perjalanannya.
 
Maka rugilah !
Mereka tidak beriman
Memburu kehidupan dunia
Bagaikan tidak ada penamat atau kematian
Sejarah kehidupan kita di dunia ini pasti ada hari kiamat.
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan Ahad jam 6.00 pagi
Tarikh; 25hb Mach 2021/siqr semula 1./4/.2023

 





Tiada ulasan: