Sabtu, 15 Oktober 2022

.DUNIA DI AKHIR ZAMAN

 







DUNIA DI AKHIR ZAMAN 
 
Kata nabi akan berlaku
Perkara luar biasa di satu masa
Di mana ketua bagi orang Islam bukan seagama
Lalu umat Islam mudah mengikut arahan telunjuk mereka
Sehingga yang tenat dicelarukan minda sanggup melakukannya
Walaupun di arah dan diminta ikut masuk ke lubang biawak tidak mengapa.
 
Disebabkan pengaruh wang
Dan kebendaan hidup di dunia ini
Orang Islam yang tipis iman lupa segala-galanya
Cuma membeli dengan janji, ada gelaran, pangkat dan harta
Maka orang-orang kita yang beragama Islam terus terperangkap
Lalai dan lena dibuai mimpi-mimpi indah yang diumpamakan syurga dalam dunia.
 
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 .15 pagi Isnin
Tanggal 15 Oktober 2022 siar semula.
 

Tiada ulasan: