Isnin, 5 September 2022

SEBUAH PUSARA TIDAK BERKEPUK?







SEBUAH PUSARA TIDAK BERKEPUK?  
 
 
Persemadianmu
Mendapat tempat yang tinggi
Di atas tanah perkuburan bukit Teluk Kumbar,
Setelah engkau berjaya mengejar cita terhenti di hujung hayat.
 
Hasil bantuanmu
Datang dari berbagai pihak
Melayakkan kami menyediakan sebuah pusara,
Dengan inzin Allah SWT engkau dibenarkan disemadikan di sini
 
Maafkan keluarga
Kerana tiap tempat berbeza?
Mungkin diharamkan untuk satu pembenaan ?
Di atas Tanah Bukit Perkuburan orang-orang Islam di daerah ini
 
Apapun terimalah
Sebuah pusara nisan marmar
Tanpa berkepuk yang seperti ibumu idamkan?
Kita cuma merancangkan Allah SWT yang menentukan semuaya
 
Oleh Pena Utara.
Catatan jam 4.30 pagi
Hari  Ahad  Tarikh 7 Ogos 2022.


Tiada ulasan: