Isnin, 5 September 2022

PANTUN SELOKA NURIMANJA









PANTUN SELOKA NURIMANJA 
Dunia ini tanpa sempadan,
 
Dunia ini tanpa sempadan
Dihujung jari kita layari
Jika hidup tiada berwawasan
Bagai belayar di laut mati ,
 
Tidak tertuntut ilmu di dunia
Sekadar air di muncung burung
Kering lautan dihujung pena
Rahmatnya tuhan tidak terhitung ,
 
Teguh iman di dada bertakwa
Jejak bertapak di bumi ini
Jangan ketinggalan di arus masa
Di tangan ini mencorak hari,
 
Semai semangat , hidupkan cita
Dunia dikelek akhirat dijunjung
Hidup bukan haiwan melata
Riwayat baik tetap disanjong ,

 
Oleh; Nurimanja, FERDA
Pulau Pinang, 3o Mei 2012.
Isnin  8/8/2022


Tiada ulasan: