Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Bicara pendek saya mulakan dengan serangkap pantun:
Dunia ini tanpa sempadan,
Dihujung jari kita layari,
Jika hidup tiada pedoman,
Bagai belayar dilaut mati
Di Lahirkan pada 29 disember dan dikenali dengan nama pena Yusma dan dikalangan rakan-rakan sebagai Yusri. Pernah manjadi guru sambilan, guru sementara terlatih dan guru terlatih. Seorang pendidik kecil di daerah pendalaman Sarawak. Berkhidmat di Pulau Pinang dan Perak. Mula menulis sejak tahun 1973 dengan penulisan sajak, cerpen, cerita kanak-kanak, drama radio, rencana, pendapat dan jg sebagai kartunis. Karya-karya pernah tersiar di Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sarawak, Dewan Perintis, Majalah Kiblat, Berita Harian, Majalah Balai Muhibbah, Warta Johor, Bintang Timur, Mingguan Malaysia, Borneo Post, Kosmo, Berita Perak, Utusan Pelajar, Mingguan Kanak-kanak, Mastika dan lain-lain
.KINI PERJUANGAN KITA JAUH
BERBEZA ? Dulu akulah seorang Dikata penulis perjuangan Memuja kehebatmu di mana
sahaja. Kau Bagaikan idola yang aku puja. Kini kalau aku punya pen dan pensil akan aku patahkan semuanya. Aku kini bukan lagi pengering menjaga
keselamatanmu. Kerana Jalan kita dahulu terlalu amat jauh berbeza Kini ternyata perjuangan
kita tidak sama lagi. Oleh: Mawar Putih Catatan jam 8.40 pagi Selasa 15hb Disember 2020
Berkatalah Nuri..Catatan Citra Rasa ini melengkapi perjalanan hidup saya di Bumi Kenyalang, Cempaka Sari, dan Pulau Mutiara. Puisi-puisi ini adalah sedenyut nadi dalam perjalanan dini hari. Puisi-puisi ini ada yang tersiar di akhbar dan media elektronik dan ada juga yang tidak pernah dihantar, cuma untuk simpanan tatapan sendiri.
Jika ada yang ingin berkongsi pandangan, teguran atau pun komentar. Sila layari blog ini dengan lapang dada menghulur tangan menyambut salam persaudaraan dalam dunia penulisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan