Ahad, 15 November 2020

NEGERI DIBAWAH BAYU



NEGERI DIBAWAH BAYU 

 

Negeri di bawah bayu

Sepoi angin sejukmu menceritakan

Kini bahawa warisan menang besar dibumimu

Tetapi disebabkan persetujuan GRS maka kelebihan kerusi

Maka segala harapan untuk Waris terus berkuasa tersungkur di kaki lawan ?

 

Kekuatan tiga kerusi ?

Masih boleh dipertikai atau dicabar

Dalam PRU15 nanti jika masih ada kemampuan

Kerana rakyat Sabah memilih pada seorang tokoh yang ikhlas

Bukan kerana parti janji yang luar biasa apatah lagi menodai segala mandate ?

 

Kini kita rakyat jelata ?

Sudah matang dengan temberang

Apatah lagi cerita rekaan agenda tohmah fitnah

Semua tidak boleh lagi terima dan dipercayai tanpa memikirkan?

Maka yang benar tetap benar yang batal tetap batal hanya Allah menentukanNya?


Oleh Pena Runcing,

Catatan jam 9.00 malam.

Tanggal 26hb September 2020


Tiada ulasan: