Khamis, 5 November 2020

DULU KITA DIBELENGGU.



DULU KITA DIBELENGGU. 


Dulu
Kita dibelenggu
Dipasung ratusan tahun
Dari jari jemari pihak penjajah
Maka jadilah kita bangsa yang rendah.

Kini,
Keadaan berubah
Tiada lagi bersikap lemah
Malulah,cukuplah, jadilah, sudahlah,
Kerana nasib tiada siapa akan mengubah
Melainkan kita sendiri yang akan mengubahnya.

Akan datang,
Bayangkan sendiri
Tiap pergerakan dihujung jari
Tiada mustahil yang boleh terjadi
Kerana dalam dunia tampa sempadan ini
Hanya ilmu pengetahuan yang boleh menguasai

 

Oleh; Nurimanja,
Teluk Bayu, Pulau Mutiara,
Tarikh : 5\9\2020  siar kembali .


Tiada ulasan: