16.TUKANG KASUT PENDATANG
ASING
-buat Wak Tamak dari
jawa -
Si Tukang kasut
pendatang asing
Suka hati menempel gerai
Upahnya terlalu mahal
Kekadang langsung
Tidak masuk akal?
Gerainya tepi jalan tanpa sewaan
Cuba kalian fikir sahaja lah
Sebelah kasut tapaknya
Upah di paku sahaja
mahunya R10.00?
Sepasang kasut harganya RM20.00
Ganti tapak sebelah RM20.00
Sepasang upah RM40.00
Ternyata lebih mahal
Harga asal kasut?
Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 5.20 petang
Tanggal 14hb Januari 2016.
20 ulasan:
Wak jawo ini sudah 10 tahun datang ke Malaysia telah berkawin dg org tempatan . Mungkin telah dapat kerayatan agaknya. kerja cuma Tukang kasut sahaja lagaknya lebihhebat daripa sudaranya di Jawo Tengah di Indonesia.
sapa plak wak jawo tu???
wak tamak sapa plak???
wak catuk sy tau la dulu pernah masuk chatbox
gila apa mahal dia caj
baik beli kasut bru
eh! wak dari jawa tu cekik darah
mcm sy kena dulu buat kasut kena caj smpai rm20 sy x bayar pun? sy trus beli kasut baru
tu dia mahal gila nk cepat pi haji ke apa wak jawa tu
aku slalu kasut rosak buang je beli lain lagi senang
sepatutnya caj seringgit dua ckup la
tamak gila caj smpai mahal mcm tu sekali
org mcm ni yg selalu kena pukul sbb cekik darah
xkan mcm tu sekali dia caj?
rasanya mungkin dia silap kira kot?
dia pandai2 caj harga sendiri
DIPERKUKUHKAN
Terima kasih sahabat
yang membugar di perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga kau sentiasa memberkati.
terima kasih menyahut cabaran
semangat perkasa memperkukuh
Malik Wariya
sajak untuk sahabat
pahang
ANAK PRIBUMI
Bahasa itu luahan rasa
Hasil cantuman jiwa
Daripada minda anak merdeka
Jiwa pula denyut nadi anak pribumi
Yang mempunyai jati diri
Bangsa lambang penyatuan jiwa-jiwa kental
Yang tahan cabaran menjadi tunggak negara
menuju kecemerlangan demi bangsa sendiri
Qalam MUsoffa
sajak semangat
taiping
KAMAR KOSONG
Kamarku tidak punya almari dan katil
ia hanya kosong tiada apa-apa
aku hanya berbaring di atas lantai ini,
sejuk keras dingin dan tersakit badan ini.
Kamarku selamanya akan kosong
selagi jendela hati tertutup rapat
tanpa hidayahMu yang membuka luas
hingga angin zikir menerjah masuk
cahaya cinta Yang Maha Mencipta
saat itulah kamar terisi padat
cinta yang bertaut erat penuh kasih
ingin sekali kupeluk tubuhMu
dalam qiam, rukuk dan sujudku.
Hambali Maliki
sajak ketuhanan
Kedah
MARUAH
Setelah kematian tak perlu lagi gelaran
biar keagungan diangkat menghadap Tuhan.
Kita yang hidup seharusnya mencipta pahala
jangan jadi bangsa berwibawa dan ternama
menggemilang di pelosok dunia
tetapi tiada peradaban dan beragama.
Segala yang ada sewajarnya dipelihara
agama dan bahasa diletakkan di puncak
Ingatlah akal dan hati bersama agama dan bahasa
warisan itu haruslah dipertahan di baris hadapan
demi maruah dalam kehidupan.
Kembara Budiman
sajak memberikan semangat buat bangsa sendiri sajak yang sy beli dari pak kiyai tu
30januari 2016
Catat Ulasan