Jumaat, 5 Februari 2016

CEMPAKA SARI






17.CEMPAKA SARI

Cempaka sari
Nama sebuah Negeri
bentuk alammu mendatar
berpaya berbukit dan bergunung
rakyatmu berbilang kaum dan bangsa
kehidupan aman makmur dan aman bahagia.

Kini rakyatmu
Seorang telah diangkat
Dalam usaha menaikan nama
Pemerentahan tertinggi di bumi ini
Dahulu ada beberapa orang untuk dicalun
Kini tanpa disedari ada seorang naik mendadak.

Cempaka sari
Tuah ayam lihat  di kaki
Bertuahnya bagi sebuah negeri
Tidak siapa yang boleh mengetahui
Kini tempat kedua tertinggi telah diberi
Sebagai TPM buat sebuah Negara yang di segani.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 8.20 pagi
Tanggal 14hb Januari 2016.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

PUSINGAN 2 (KUM 4)

Malik Wariya berkata...
13.DIPERKUKUHKAN (TK)

Terima kasih sahabat
yang membugar di perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga kau sentiasa memberkati.
terima kasih menyahut cabaran
semangat perkasa memperkukuh

Malik Wariya
sajak untuk sahabat
Pahang 5 Februari 2016 11:38 PG

ULASAN BEBAS

Sdra MW Puisinya bertajuk: DIPERKUKUHKAN . Thema persahabatan Pengucapannya terlalu biasa sahaja . mesej perhubungan dan kemesraan dalam persahabatan menjalin bicara bahasa mungkin melalui sms atau media alam maya . mungkin tidak kenal wajahnya namun hanya doa dan salam disampaikan. buat sahabat. Maaf terpak berhenti di sini sahaja . Usaha lagi (TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...


Qalam Musoffa berkata...
14.ANAK PRIBUMI (TK)

Bahasa itu luahan rasa
Hasil cantuman jiwa
Daripada minda anak merdeka
Jiwa pula denyut nadi anak pribumi
Yang mempunyai jati diri
Bangsa lambang penyatuan jiwa-jiwa kental
Yang tahan cabaran menjadi tunggak negara
menuju kecemerlangan demi bangsa sendiri

Qalam Musoffa
sajak semangat
taiping 5 Februari 2016 11:38 PG

ULASAN BEBAS

Sdra QM dengan Sajak berthemakan semangat patriotic bertajuk ANAK PRIBUMI . Pengucapannya bersahaja kurang daya puitis dan kreatifnya.Mesej membicarakan tentang perjuangan dan semangat anak bangsa yang lahir selepas kemerdekaan dengan semangat jati diri, demi kelangsungan utk kecermelangan bangsa sendiri. Maaf Cuma disini saja penyertaan anda terpaksa terpak berhenti di sini . Harap maklum.(TK)

nurimanja49@gmail.com berkata...

hambali maliki berkata...
15.KAMAR KOSONG (LS)

Kamarku tidak punya almari dan katil
ia hanya kosong tiada apa-apa
aku hanya berbaring di atas lantai ini,
sejuk keras dingin dan terasa sakit badanku ini.
Kamarku selamanya akan kosong
selagi jendela hati tertutup rapat
tanpa hidayahMu yang membuka luas
hingga angin zikir menerjah masuk
cahaya cinta Yang Maha Mencipta
saat itulah kamar terisi padat
cinta yang bertaut erat penuh kasih
ingin sekali kupeluk tubuhMu
dalam qiam, rukuk dan sujudku.

Hambali Maliki
sajak ketuhanan
Kedah 5 Februari 2016 11:38 PG

ULASAN BEBAS

Puisi bertajuk: KAMAR KOSONG daripada sdra HM. Thema ketuhanan . Pengucapannya agak bersimbolik juga menarik ada daya kreatif dan puitisnya . Mesej mengambarkan seorang yang zuhud menolak segala keindahan duniawi , melainkan hatinya pada kebesaran dan kecintaan kepada Allah SWT sahaja . Kekadang mereka ini lebih mencintai mati daripada kehidupan yang ada. Makasih layak Seterusnya (LS)

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kembara Budiman berkata..
.
16.MARUAH (LS)

Setelah kematian tak perlu lagi gelaran
biar keagungan diangkat menghadap Tuhan.
Kita yang hidup seharusnya mencipta pahala
jangan jadi bangsa berwibawa dan ternama
menggemilang di pelosok dunia
tetapi tiada peradaban dan beragama.
Segala yang ada sewajarnya dipelihara
agama dan bahasa diletakkan di puncak
Ingatlah akal dan hati bersama agama dan bahasa
warisan itu haruslah dipertahan di baris hadapan
demi maruah dalam kehidupan.

Kembara Budiman
sajak memberikan semangat buat bangsa sendiri
sajak yang sy beli dari pak kiyai tu
30januari 2016

ULASAN BEBAS

Tajuk puisi : MARUAH dibeli oleh sdra KB drp Pak kiyai . Thema puisi juga ada unsur –unsur ketuhanan dan semangat jatidiri buat bangsa dan nusa. Pengucapannya bersahaja ada pengertian dan nasihat , mesej mengajar kita sehibat mana pun kehidupan kita di dunia ini .Bagaimana mungkin kita boleh menjaga warisan budaya , bahasa dan agama kekal bermaruah. Jika kita kurang pendidikan agama maruah kita bagaikan tercalar .Maka anda dikira Layak seterusnya (LS)

Lagenda Pulau berkata...

SEBIDANG TANAH YANG KINI TINGGAL SISA-SISA

Aku melihat sebidang tanah itu dengan penuh kerinduan
di mana ada becak dan berlumpur
hadir di dalam potret mindaku
simfoni angin berlalu merdu
bagaikan terkukur berbunyi m
waktu di batas bendang aku menyusur
sambil merakam pak tani
menuai kasih terhadap tanamannya
kerana pada tanahlah kau berbudi
ia akan memberikan hasil sumber rezeki
dari dibiarkan bersawang di bumi ini
Aku cuba mencari sebidang tanah yang lain
tapi semuanya perlahan-lahan dikambus waktu
bau harum benih yang sekian lama disitu
kini dirampas dan di cengkam oleh kemajuan
dahulu tempat ini hijau dan berkaca
memukau semua makhluk yang melihat
tapi kini telah hilang dan cuma tinggal sisa-sisa

Lagenda Pulau
sajak ketika pulang ke kampung tapi sedih melihat
tempat sy bermain msa kanak2 kini telah hilang sebab pembangunan
Perak 6 febuari 2015

saizul maizav berkata...


BANGSA

Kita harus jalinkan tirai perpaduan
agar kasih terpahat di hati
kerna ini adalah bangsa kita
jangan ternoda di ranjang prasangka
jangan tergoda pada janji pendusta
saban hari bertentang mata
apakah wajar sekarang ini berpaling muka
acap kali berjumpa dan berkirim salam
apakah wajar menyimpan dendam
jangan jika mencatat dosa
sedangkan syurga belum tentu milik kita.

Saizul Maizav
sajak menasihati semua agar hidup dalam harmoni
Teluk Kumbar
1 febuari 2016

Penduga Akal berkata...


BELANTARA KINI MUSNAH LAGI

Belantara itu kini musnah lagi
pepohon kebenaran yang megah berdiri
kini rebah menyembah kepalsuan
akar ketulusan yang dahulunya disimpan rapi
kini di cantas oleh ranting hingga terbongkar
dan dipertontonkan oleh belantara yang lain
Gajah yang dahulunya membantu harimau menjaga rimba
kini mula hilang pertimbangan
sambil cuba menghancurkan belantara yang damai ini
lintang pukang haiwan berlari memecah keheningan
tatkala gajah mula mengamuk
sambil meninggalkan najisnya yang berserakan
tapi dimakan oleh haiwan yang lain
demi mengangkat sang gajah agar dapat berkuasa
walau mereka tahu belalai gajah
tidak sekuat ngauman harimau
kesemua haiwan ikut bertempur mengerjakan harimau
jadi tanpa bertempur gajah itu menang
kerana si harimau di kerjakan tanpa belas kasihan
kerna hanya kancil dan pelanduk cuba membantu
akhirnya kini maruah warga belantara tercalar lagi

Penduga Akal
sajak simbolik tentang isu semasa di kedah
Teluk KUmbar 4 febuari 2016

hambali maliki berkata...


TETAMU ALLAH

Rahmat tumpah di dataran Kaabah
dikutip para penzikir sejak sebelum Subuh
bibir masih basah dipercik zamzam dari hujung pili.
Dataran Kaabah begitu dingin menghiris kulit
tawaf mencantum berutas butir kalimat
dari lidah tetamu Allah tanpa henti
Bisik dan lafaz lebur bak di tengah laut
begulung melilit dinding Kaabah
sebelum menusuk ke urat-saraf niat dan amal.
Sehelai daun pagi terbentang di luar masjid
tetamu Tuhan menangkap angin
sambil menghirup udara nikmat dan kesyukuran

Hambali Maliki
sajak ketika menunaikan umrah dahulu
Selangor 8 feburi 2016

Zainal Arifin berkata...


DOA KALIAN

Di atas dua batu berdiri di kaki gunung
aku memanjatkan doa kehadrat ilahi
Kupohonkan sedekah doa dari kalian semua
Sambil aku disini bersuara sayu…..
Bersama kita semua agar membuang sengketa
Kupohon padamu ya Tuhan
Pada hambamu yang lemah berilah kekuatan
menghadapi masa yang mendatang
sementara di sini aku hanya sekadar menumpang

Zainal Arifin
sajak sedih maaf x boleh nk tulis dengan elok lgpn sy pun x berapa nk betul ni
sbb masih sedih baru kehilangan bapak mertua dan mak mertua tp sy tetap bersyukur
sbb ayah dgn mak sy masih hidup cuma dalam keadaaan koma skrg ni apa2pun sy hrpkan
doa dri smua ahli citra rasa
K.Lumpur 1 febuari 2016

Kembara Budiman berkata...


JAMBAN DAN BILIK AIR

sepanjang hidup aku ini
hanya dua tempat buat aku gembira
iaitu jamban dan bilik air
sepanjang masa aku ke jamban membuang sisa-sisa
selepas membuang aku hanya flush kekotoran hilang
esok pula aku ke bilik air membersihkan kekotoran
aku buka paip air dan aku basahi diri ini
cukup mudah hidup aku
kerna bertemankan jamban dan bilik air
kerna sebuah jamban yang setia menanti sisa-sisa aku
walau ditempat lain mungkin ia agak jijik
sebuah bilik air sentiasa menunggu membersihkan aku
menyanyi sambil melepaskan tekanan dijiwa
terkadang aku lebih selesa di dua tempat ini
kerna disitulah ilham datang ketika aku termenung
kerna distulah ketenangan datang
ketika aku bersihkan diri
kerna di tempat lain banyak pula cerita yang menyakitkan
walau hanya seketika tapi aku ckup selesa
bertemankan jamban dan bilik air
kerna mereka lebih memahami
walau bersendiri tetapi tetap membantu orang lain

Kembara Budiman
sajak simbolik tentang kehidupan
Selangor 2016

Ungku Zubir berkata...


HAMBA YANG KERDIL

Segala pujian untuk tuhanku
yang menghamparkan hamparan
untuk aku bersimpuh didepanmu
hingga airmata tiguris mengalir
aku adalah hamba yang tak peka laranganMu
mendabik dada menzalimi diri
bersama noda dan dosaku
aku dihadapanmu di atas hamparanMu ini
menadah tangan dan tangisan
agarkau tuhan yang satu
ampunilah dosa-dosa hambaMu ini
yang amat kerdil disisiMu

Ungku Zubir
sajak insafan
Pahang 2016

Tuan Haji berkata...


BAHASA ORANG BAHASA SENDIRI

Bahasa orang dipuja dipuji
bahasa sendiri dicerca dikeji. dihormati
bahasa sendiri dibiar mati.
Bahasa orang dinilai dihargai
bahasa sendiri diabai dibenci.
Bahasa orang diyakini
bahasa sendiri disangsi.
Bahasa orang dianggap berguna
bahasa sendiri dipandang hina.
Bahasa orang dipelihara
bahasa sendiri disekat didera.
Bahasa orang dijunjung dijulang
bahasa sendiri dirundung malang.
Bahasa orang digilap gemilang
bahasa sendiri malap dan hilang.

Tuan Haji
sajak ringkas tentang bahasa maaaf tak sempat nak tulis sajak lain sebab sibuk jadi sy tulis sajak ringkas
apa2pun terima kasih qalam sebab beri peluang sy kembali ke sayembara rasanya sy tempat akhir
tapi tak mengapa umur panjang bulan depan sy boleh masuk lagi inshaAllah
Taman Melawati
7 febuari 2016

nurimanja49@gmail.com berkata...



KEPUTUSAN AKHIR SAYEMBARA CINTARANURI 2016


Lagenda Pulau berkata...
1 SEBIDANG TANAH YANG KINI TINGGAL SISA-SISA (K) 6

Aku melihat sebidang tanah itu dengan penuh kerinduan
di mana ada becak dan berlumpur
hadir di dalam potret mindaku
simfoni angin berlalu merdu
bagaikan terkukur berbunyi
waktu di batas bendang aku menyusur
sambil merakam pak tani
menuai kasih terhadap tanamannya
kerana pada tanahlah kau berbudi
ia akan memberikan hasil sumber rezeki
dari dibiarkan bersawang di bumi ini
Aku cuba mencari sebidang tanah yang lain
tapi semuanya perlahan-lahan dikambus waktu
bau harum benih yang sekian lama disitu
kini dirampas dan di cengkam oleh kemajuan
dahulu tempat ini hijau dan berkaca
memukau semua makhluk yang melihat
tapi kini telah hilang dan cuma tinggal sisa-sisa

Lagenda Pulau
sajak ketika pulang ke kampung tapi sedih melihat
tempat sy bermain msa kanak2 kini telah hilang sebab pembangunan
Perak 6 febuari 2015

ULASAN BEBAS

Sdra LP dengan sajak bertajuk: SEBIDANG TANAH YANG KINI TINGGAL SISA-SISA Thema kerangkusan pembangunan tanah-tanah di luar bandar .. Pengucapannya juga ada kemampuan tetapi terlalu panjang boleh menjadikan sebuah berita atau cerita . Messej biasa saja di mana-mana pun dalam Negara ini Timur dan Barat usaha pembangunan begitu cepat naik mendadak . Banyak kampong – di luar dan pingger Bandar atau luar Bandar menjadi mangsa sasarang pembangunan Industri dan perumahan , Pastinyalah segala ke hijauan asli alam semula jadi kedesaan akan bertukar wajah menjadi taman akhirnya hilang sama sekali bila bertukar menjadi sebuah Bandar kecil atau besar pula. Maaf cuma di sini saja ada peluang usaha lagi harap maklum! Tk6

nurimanja49@gmail.com berkata...

saizul maizav berkata...
2 BANGSA (LT) K4

Kita harus jalinkan tirai perpaduan
agar kasih terpahat di hati
kerna ini adalah bangsa kita
jangan ternoda di ranjang prasangka
jangan tergoda pada janji pendusta
saban hari bertentang mata
apakah wajar sekarang ini berpaling muka
acap kali berjumpa dan berkirim salam
apakah wajar menyimpan dendam
jangan kita mencatat dosa
sedangkan syurga belum tentu milik kita.

Saizul Maizav
sajak menasihati semua agar hidup dalam harmoni
Teluk Kumbar
1 febuari 2016

ULASAN BEBAS

Sdra SM dengan sajak bertajuk : BANGSA . thema mengharap perpaduan dan harmoni dalam sebuah negeri atau Negara. Pengucapannya bersahaja punya mesej nasihat , Agar kita tidak terlalu fanatik dan extreme. kita juga tidak boleh mengatakan dalam sebuah parti yang kita jadi ahli atau penyokong tidak perlu terlalu taksuf sehingga mengatakan org lain kapir dan kita saja layak masuk syurga . Sedangkan semuanya itu adalah ketentuan Allah SWT.

(LTK4)

nurimanja49@gmail.com berkata...




Penduga Akal berkata...
3 BELANTARA KINI MUSNAH LAGI ( TK) 5

Belantara itu kini musnah lagi
pepohon kebenaran yang megah berdiri
kini rebah menyembah kepalsuan
akar ketulusan yang dahulunya disimpan rapi
kini di cantas oleh ranting hingga terbongkar
dan dipertontonkan oleh belantara yang lain
Gajah yang dahulunya membantu harimau menjaga rimba
kini mula hilang pertimbangan
sambil cuba menghancurkan belantara yang damai ini
lintang pukang haiwan berlari memecah keheningan
tatkala gajah mula mengamuk
sambil meninggalkan najisnya yang berserakan
tapi dimakan oleh haiwan yang lain
demi mengangkat sang gajah agar dapat berkuasa
walau mereka tahu belalai gajah
tidak sekuat ngauman harimau
kesemua haiwan ikut bertempur mengerjakan harimau
jadi tanpa bertempur gajah itu menang
kerana si harimau di kerjakan tanpa belas kasihan
kerna hanya kancil dan pelanduk cuba membantu
akhirnya kini maruah warga belantara tercalar lagi

Penduga Akal
sajak simbolik tentang isu semasa di kedah
Teluk KUmbar 4 febuari 2016

ULASAN BEBAS.

Sdra PA dengan sajak bertajuk BELANTARA KINI MUSNAH LAGI. Thema semasa berbau politik di negeri Kedah. Pengucapannya bersimbolik ada kemampuan tetapi terlalu panjang boleh menjadi sebuah cerita seloka.. Cuma messej dalam gambaran ini kurang jelas pada kita semua sekadar andaian sebelah pihak kenapa boleh berlaku walaupun ada pro dan kontranya di antara rakyat jelata. Namun untuk mengelak dari berlakunya tomahan dan fitnah atau berat sebelah . kami memilih diam tunggu dan tengok mengelak dari salah faham pula. Maaf cuma di sini saja ada peluang usaha lagi harap maklum! Tk5

nurimanja49@gmail.com berkata...




hambali maliki berkata...
4 TETAMU ALLAH (LT) 2

Rahmat tumpah di dataran Kaabah
dikutip para penzikir sejak sebelum Subuh
bibir masih basah dipercik zamzam dari hujung pili.
Dataran Kaabah begitu dingin menghiris kulit
tawaf mencantum berutas butir kalimat
dari lidah tetamu Allah tanpa henti
Bisik dan lafaz lebur bak di tengah laut
begulung melilit dinding Kaabah
sebelum menusuk ke urat-saraf niat dan amal.
Sehelai daun pagi terbentang di luar masjid
tetamu Tuhan menangkap angin
sambil menghirup udara nikmat dan kesyukuran

Hambali Maliki
sajak ketika menunaikan umrah dahulu
Selangor 8 feburi 2016

ULASAN BEBAS

Sajak bertajuk ; TETAMU ALLAH oleh sdra HM berthemakan Fasrah dalam kerja peribadatan.dalam agama Allah .Pengucapannya juga bersahaja ada daya kreatif semacam cuba merakan segala gambaran di dataran Kaabah Baitullah atau (rumah Allah) Messej ibadat pada ketuhanan ini mungkin dapat membantu pra pembaca yang ingin mengerjakan ibadat umrah di luar musim haji ke tanah suci Mekkah atau Madinah. Amin (LTK2)

nurimanja49@gmail.com berkata...



Zainal Arifin berkata...
5 DOA KALIAN (LTP) 1

Di atas dua batu berdiri di kaki gunung
aku memanjatkan doa kehadrat ilahi
Kupohonkan sedekah doa dari kalian semua
Sambil aku disini bersuara sayu…..
Bersama kita semua agar membuang sengketa
Kupohon padamu Ya Tuhan
Pada hambamu yang lemah berilah kekuatan
menghadapi masa yang mendatang
sementara di sini aku hanya sekadar menumpang

Zainal Arifin
sajak sedih maaf x boleh nk tulis dengan elok lgpn sy pun x berapa nk betul ni
sbb masih sedih baru kehilangan bapak mertua dan mak mertua tp sy tetap bersyukur
sbb ayah dgn mak sy masih hidup cuma dalam keadaaan koma skrg ni apa2pun sy hrpkan
doa dri smua ahli citra rasa
K.Lumpur 1 febuari 2016
ULASAN BEBAS
Sajak pendek yang berkesan oleh Sdra ZA bertajuk: DOA KALIAN . Thema kesedihan di atas musibah yang menimpa . Pengucapan agak sepontan catatannya namun punya daya kreatif dan puitis. Messej atau penceritaannya di sampaikan secara ikhlas dan bersahaja penuh harap di hadapan pusara di kaki gunung agar rerakan dapat menderma atau sedekah sekalong al Fatehah .Buat ibu bapa mentua keluarga beliau yang telah pergi utk selamannya dan masih ada dua lagi ibu bapanya kini masih koma , semuanya fasrah kepada Allah yang maha Esa. Al fatehah.Amin

(LTP1)

nurimanja49@gmail.com berkata...


Kembara Budiman berkata...
6 JAMBAN DAN BILIK AIR (TK)7

sepanjang hidup aku ini
hanya dua tempat buat aku gembira
iaitu jamban dan bilik air
sepanjang masa aku ke jamban membuang sisa-sisa
selepas membuang aku hanya flush kekotoran hilang
esok pula aku ke bilik air membersihkan kekotoran
aku buka paip air dan aku basahi diri ini
cukup mudah hidup aku
kerna bertemankan jamban dan bilik air
kerna sebuah jamban yang setia menanti sisa-sisa aku
walau ditempat lain mungkin ia agak jijik
sebuah bilik air sentiasa menunggu membersihkan aku
menyanyi sambil melepaskan tekanan dijiwa
terkadang aku lebih selesa di dua tempat ini
kerna disitulah ilham datang ketika aku termenung
kerna distulah ketenangan datang
ketika aku bersihkan diri
kerna di tempat lain banyak pula cerita yang menyakitkan
walau hanya seketika tapi aku ckup selesa
bertemankan jamban dan bilik air
kerna mereka lebih memahami
walau bersendiri tetapi tetap membantu orang lain

Kembara Budiman
sajak simbolik tentang kehidupan
Selangor 2016

ULASAN BEBAS

Sdra KB sajak bertajuk: JAMBAN DAN BILIK AIR ; Thema mudah dalam kapal pekerjanya Cuma kenal dua ini saja. Tandas bilik air. Pengucapannya juga ada kemampuan . Messej mudah gambaran dalam penceritaan sesekali ada kelucuannya . Sebagai seorang pekerja apa yang amat penting minat dan kerja dengan penuh ikhlas bertanggung jawab , didikasi pasti di akhir nanti ada keberkatannya. Harap maaf cuma di sini saja ada peluang usaha lagi harap maklum! Tk7

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ungku Zubir berkata...
7 HAMBA YANG KERDIL (LT) 3

Segala pujian untuk tuhanku
yang menghamparkan hamparan
untuk aku bersimpuh didepanmu
hingga airmata tiguris mengalir
aku adalah hamba yang tak peka laranganMu
mendabik dada menzalimi diri
bersama noda dan dosaku
aku dihadapanmu di atas hamparanMu ini
menadah tangan dan tangisan
agarkau tuhan yang satu
ampunilah dosa-dosa hambaMu ini
yang amat kerdil disisiMu

Ungku Zubir
sajak insafan
Pahang 2016

ULASAN BEBAS

Sdra UZ dengan sajak bertajuk HAMBA YANG KERDIL . Thema keinsafan . Pengucapannya juga bersahaja ada daya kreatif dan puitisnya . Mesej penceritaannya penuh pasrah kepada Allah SWT dan penyesalan di atas segala apa yang berlaku selama ini tanpa sedar di atas kekurangan pengetahuan dan kefahaman tentang larang agama Allah. Tetapi kini sebagai seorang hamba Allah punya kesedaran di atas rasa kekerdilan diri mulai insaf dan ingin kembali ke jalan yang lurus dan pasrah kepadaNya.Dengan penuh harap agar Allah dapat mengampun segala dosa-dosanya.

(LTK3)

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tuan Haji berkata...
8 BAHASA ORANG BAHASA SENDIRI (TK) 8

Bahasa orang dipuja dipuji
bahasa sendiri dicerca dikeji. dihormati
bahasa sendiri dibiar mati.
Bahasa orang dinilai dihargai
bahasa sendiri diabai dibenci.
Bahasa orang diyakini
bahasa sendiri disangsi.
Bahasa orang dianggap berguna
bahasa sendiri dipandang hina.
Bahasa orang dipelihara
bahasa sendiri disekat didera.
Bahasa orang dijunjung dijulang
bahasa sendiri dirundung malang.
Bahasa orang digilap gemilang
bahasa sendiri malap dan hilang.

Tuan Haji
sajak ringkas tentang bahasa maaaf tak sempat nak tulis sajak lain sebab sibuk jadi sy tulis sajak ringkas apa2pun terima kasih qalam sebab beri peluang sy kembali ke sayembara rasanya sy tempat akhir tapi tak mengapa umur panjang bulan depan sy boleh masuk lagi inshaAllah
Taman Melawati
7 febuari 2016

ULASAN BEBAS

Tuan Haji dengan sajak bertajuk : BAHASA ORANG BAHASA SENDIRI . Thema persoalan yang sampai kini masih jadi teka teki. Pengucapannya biasa-biasa saja . Messej Ada semacam sinis pada persoalan BAHASA sehingga kini belum selesai kerana Bahasa orang lebih di banggakan dan diutamakan dari pengunaan bahasa sendiri ? Apa pun TH kali ini sengaja tidak mahu mengetenagahkan puisi yang lebih mantap mungkin utk memberi peluang atau laluan kepada peserta yang lain agaknya. sebagai pernaja > Makasih! Maaf tempat sengaja di tempah cuma layak Tk8