Kata Atuk Aki
Aku dulu susah. Nak makan pun payah
Hidup kalian hari ini jangan lupa diri
Belajarlah berterima kasih sesame manusia
Bersyukur kepada Allah
yang maha berkuasa
Jika kamu pilih
Ketua berjiwa pengkianat. Negara akan lumpuh dan tenat
Jangan biarkan kemerdekaan ini hancur
Setelah datuk nenek kita bersusah payah
mengapa dibiarkan petualang meyebar dakyah
Ingat PRU 13
Tentukan semangat juang. Jangan biarkan melayu merempat
Bersama pendurhaka yang mabuk kuasa
Pastikan murtabatkan
Ketuanan melayu terjaga
Agar anak-anak peribumi tidak hidup berputih mata
Oleh: Nurimanja,
5hb Disember, 2011. Ketika
jam delapan Malam.