Ahad, 25 Februari 2024

MALAM








MALAM
 
Pernahkah kau melihat
hantu syaitan berpesta
di waktu maghrib dan senja
bila orang mula berkumpul
ibuku pernah berpesan,
pada waktu kalut begitu
hantu syaitan berkliaran
terutamanya di pasar malam
tempat paling disukainya
kerana lelaki dan wanita
ramai bergesiran membeli belah
sehingga terlupa kerja solat
asyik meronda di celah perniaga
menilai tubuh anak bini siapa
ini yang membuat sesekali
kita menghimpun dosa.
 
Oleh Nurimanja,
Pasar Malam Telok Kumbar
Bandar Baru Prda, Pulau Pinang
Catatan selepas solat maghrib 22/12/2009

KITA SEMUA AKAN KE SITU ?






KITA SEMUA AKAN KE SITU ?

 

Bila kita tiada

Jangan dipersoalkan?

Kerana kita semua akan ke situ

Dalam hidup ini kita Cuma mampu merancang

Tetapi hanya Allah SWT yang akan menentukanNya.

 

Jusrweru itu!

Jangan persoalkan?

Bila kita tiadak anak cucu  cicit

Mereka yang tinggal di dunia inanti bagaimana?

Kita Cuma Fasrah segala segala perancanganNya,

 

Manusia lupa!

Atau sengaja lupa?

Atau sengaja mempermainkan

Soalan yang mereka sudah pun tahujawabann?

Tetapi sengaja memutar belitkan keadaannya sahaja?

 

 

Oleh Qalam Mutiara

Catatan 5.30 pagi

Isnin Tarikh 22hb Januari 2024

 


MARAH ITU API

 






MARAH ITU API
 
Marah itu api
api itu daripada Syaitan
berwuduklah apa
bila marah.
Jika marah sedang berdiri
segeralah duduk dahulu
jika marah sedang duduk
segeralah berbaring,
Marah itu api
api itu perlu kawalan
agar tidak terus terbakar,
Marah dengan rasa bijiksana
mendidik menjadi cendekawan,
marah dengan rasa keikhlasan
memelihara menengak kesucian,
marah dengan rasa keberanian
menegak perjuangan marwah,
Jika tidak ada sifat marah
pasti kita digelar dayus!
perlu ada juga sifat marah
tetapi biaelah dibawah kawalan.
 
Oleh ; Nurimanja,
catatan Penceramah Bebas,
akhir bulan Februari, 2010.



DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT

 






DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT
 
Kalau Dahulu
Kitalah garam jantan
Untuk menyelamatkan ikan-ikan
Dari terus berbau busuk berenga dan berulat
Semoga boleh jadi ikan-ikan kering yang tahan dan sedap.
 
Tetapi hari ini
Kitalah ulat berengnga
Menyerang ikan -ikan di pantai
Biar cepat berulat , berengnga berbau busuk
Adakah ini satu agenda dalam hidup kita dijadikan Tuhan?.
 
Marah itu api
Jikalau dituang minyak
Mudah sesangat ianya terbakar
Perlukah kini kita turut bersama bermain api?
Bagi membakar laut, pantai, sampan, pukat dan ikan-ikan .
 
 
Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 9.55 malam
Hari Isnin tanggal 1hb Januari 2018.

 


,GAJI BELUM NAIK BARANG YANG NAIK ?







GAJI BELUM NAIK BARANG YANG NAIK ?

 
Masalah
Bertambah besar
Aku fikirkan gaji yang naik dahulu
Tetiba barang keperluan pula yang naik dahulu
Contoh dulu Fiza saiz kecil RM5.00 naik sikit RM8.00 kini RM13.00 ?
 
Dahulu
Pergi kerja haji
Sekadar RM10, atau RM15,0000
Kini sudah naik menjangkau lebih RM30.0000
Kini wang yang aku simpan dalam TH tidak lagi beerti nilainya kini?
 
Terima
Inikali kita ubah
Nasib yang kita mahu dalam PRU
Dulu kita dapat BR1M kita tidak mahu bersyukur
Kita tuduh pemimpinnya penyamum perompak wang negara pula?
 
Hari ini
Janganlah bersedih
Sebab kita pilih kita yang pangkah
Apabila kita dengar hasutan tohmah dan fitnah
Dalu makmur bergaya mewah kini berdiri pun condong ke tanah?
 
Oleh: Suara Pulau,
catatan ceramah bebas,
Isnin jam 5 pagi Tarikh 9/1/2023