Ahad, 31 Januari 2021

KINI KITA PUN MENGERTI








SEDUTAN KEMBALI PUISI CITRANURI
KINI KITA PUN MENGERTI   

Bila masa menceritakan segala
Kita tidak perlu ragu dan wasa-was lagi
Kerana kebenaran bukan satu pendustaan
Atau boleh direka-reka daripada sesaorang.
Berapa lama pun pembohongan itu
Pasti bila ada masa dan ketikanya nanti
Cerita akan merongkaikan segala-galanya
Apa yang pernah tersurat dan tersirat  di hati.
Kini siri drama kita pun telah berakhir
Bahawa hidup yang penuh pendustaan ini
Akan menjejaskan kehidupan kita sendiri
Pada mata dunia dan masyarakat 
Di Malaysia ini.

Oleh: Nurimanja,
Catatan 5 November 2014.
Di kamar sepi  rangtua lama menyediri..


Rabu, 27 Januari 2021

ORANG KITA PAKAT NIAGA







ORANG KITA PAKAT NIAGA 

Wah hebat betul!
Dulu nak niaga malas
Sebab ekonome masih utuh
Hari ini semua orang kita pakat niaga.
Cuma di tepi jalan!
Dulu ada dua warung
Jual air kelapa dan buah pisang
Sekarang nasi tometo dan air kacang.
Barulah  meriah!
Nampak dari jauh lagi
Orang ramai singgah membeli
Bila tengah hari orang lapar dan dahaga.
Tetapi sayang!
Harga tetap sama juga
Di restoran dan  pusat beli belah
Sedangkan tepi jalan mana kena sewa pun?

Oleh: Nuri Manja,m
Catatan jam 4.30 ptg
Tanggal 21hb Januari 2021.


TUKANG KASUT PENDANG ASING






TUKANG KASUT PENDANG ASING

-buat Wak Tamak dari jawo -
Si Tukang kasut pendatang asing
Suka hati menempek gerai
Upahnya terlalu mahal
Kekadang langsung
Tidak masuk akal?
Gerainya tepi jalan tanpa sewaan
Cuba kalain fikir sahaja lah
Sebelah kasut tapaknya
Upah di paku sahaja
mahunya R10.00?
Sepasang kasut harganya RM20.00
Ganti tapak sebelah RM20.00
Sepasang upah  RM40.00
Ternyata lebih mahal
Harga asal kasut?

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 5.20 petang
Tanggal 14hb Januari 2016.


ISLAM DAN IMAN









ISLAM DAN IMAN 

Seorang itu
Kena ada proses tarbiah
Antara Islam dan keimanannya.
Kerana rukun Islam
Dan rukun Iman itu berbeza
Apa itu pula  ihsan sangat hamper.
Kerana mula dan penutup
Seorang Islam itu mampu satu pengakuan
Benar-benar dapat mengucap dua kalimah syahadah.
Bila dengar seruan azan bersegeralah
Kerana rukun Islam kita hormati 
Rukun Iman kita hayati
Kerana tiada iman
Hilang Islam.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.30 pagi.
Tarikh 21hb Januari, 2021.


SURI RUMAH MULAI TERASA







SURI RUMAH  MULAI TERASA

Dulu nampak cukup segalanya
Setelah menjelang 2016 ini
Ada sedikit perubahan pula
Sepatutnya pebelanjaan cukup 
Bagaimana boleh terkurang pula.
Para pembeli mulai terasa
Mungkin peningkatan harga
Barang naik agak berganda
Anak-anak  ramai kian parah
Jika seorang bapa buat satu kerja
Lagi susah para suri rumah 
Dulu bawa RM50 cukup belanja
Tetapi hari ini RM100 tidak ada apa?
Adakah akibat kos sara hidup?
Atau kita berada di Negara maju
Mampukah kita untuk bernafas
Jika segala-agalanya menjadi lemas.

Oleh Pena Runcing,
Catatn jam 5.00 ptg.
Tanggal 20hb Januari 2021.