Rabu, 25 Disember 2019

KAMPUNG MELAYU PUNCAK KUNDANG









KAMPUNG MELAYU PUNCAK KUNDANG  

Kampung Melayu Puncak Kundang
Selama ini tiada suara
Mengegarkan
Khalayak!

Tetapi hari ini zaman PH berkuasa
Ada pula runtuh rumah
Hak kepunyaan
Anak bumi!

Mengapa berlaku tanpa rundingan ?
Tidak ada tolak ansur ?
Arahan roboh
Mengeluh!

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam7. 15. Pagi
Tarikh 23hb Disember,  2019.

KEHAIRANAN NABI ALLAH ZAKARIA









KEHAIRANAN NABI ALLAH ZAKARIA 

Nabi Allah Zakaria
Berumur 120 dan Isterinya 98 tahun?
Malaikat memberi khabar gembira kepadanya
Allah akan mengurniakan seorang anak bernama Yahya
Kuat beribadat yang Salleh akan menjadi nabi dan seorang pendakwah  .

Allah tidak membenar
Nabi Zakaria berkata selama tiga hari
Tanda bersyukur lidahmu tidak boleh bercakap
Melainkan berzikir pagi dan petang mengingati Allah S.W.T
Setelah menerima berita gembira di atas memperkenankan doanya.

Sebenarnya kuasa Allah
Tidak siapa pun dapat menghalanginya ?
Semua kehendak Allah bila berkata kun fa yakun
Apa sahaja akan berlaku kerana bersebab dan tanpa sebab?
Semua boleh terjadi tidak mustahil kalua Allah S.W.T mengkehendakinya?

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 6.40 pagi
Khamis Tanggal 13hb November 201910.

Isnin, 23 Disember 2019

KELEBIHAN NABI YAHYA












KELEBIHAN NABI YAHYA 

Nabi Yahya dikurniakan
Mempunyai sifat-sifat yang mulia
Kerana beriman dengan Allah dan berdakwah;

Wahai ahli kitab jangan
Terlalu melampau dengan bermacam
Sedangkan Malaikat memberi khabar gembira
Meriam akan lahir seorang nabi bernama Isa al Masihi
Bersama kelahirannya berteman dengan nabi Yahya Alaihissalam.

Nabi Yahya akan diangkat
Menjadi seorang ketua dan pemimpin
Sikapnya yang menolak mengikut hawa nafsunya
Bukanlah sepertimana yang disangka kan tidak keinginan
Sebenarnya kuat menahan nafsu sahwatnya terpelihara dari dosa.

Bukan mereka tidak nafsu
Tetapi terpelihara dari hawa nafsu
Demi menyampai kan dakwah mengajak manusia
Bagi mentaati ajaran Allah dan menjauhkan apa dilarang
Dan menjaga  dan memelihara diri daripada keturunan yang mulia.

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 6.40 pagi
Khamis Tanggal 12hb November 201910.


DOA NABI ALAAH ZAKARIA












DOA NABI ALLAH ZAKARIA 

Nabi Allah Zakaria
Banyak berdoa meminta anak
Merayu agar dikurniakan seorang anak lelaki
Kerana isteri pula seorang yang mandul gagal melahirkan anak?

Sesuggsuhnya jangan
Kamu bersedih Allah kurniaan
Doa Nabi Allah Zakaria mendapat berita gembira
Di misrap dengan segera seorang anak bernama Yahya ciri mulia?

Begitulah juga kita
Jangan sesekali putus asa berdoa
Kerana Allah maha mendengar dan mengetahui
Merentihlah dalam doa-doa kalian Allah akan makbulkanya nanti ?

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 4.40 petang
Hari  Rabu Tanggal 11hb November 201910.


NAZAR IBU MARIAM DITERIMA ALLAH













NAZAR IBU MARIAM DITERIMA ALLAH 

Allah S.W.T
Menerima nazar
Allah memberi rezeki
Kepada sesiapa dikehendakinya
Tanpa disedarinya rezeki yang datang itu.

Meriam
Menerima kebaikan
Dijaga oleh nabi Zakaria
Di pelihara Allah S.W.T rezekinya
Sebagai menjaga Meriam dia lebih berhak.

Walaupun
Dijalankan undian
Terkena pada nabi Zakaria 
Bagai telah ditetapkan oleh Allah
Akhirnya disediakan satu tempat al misraf.

Alkaramah
Apa yang anehnya
Setiap kali nabi Zakaria masuk
Di dalam misraf itu ada buah-buahan
Rezeki musim panas dan sejuk telah tersedia.

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 4.40 petang
Hari  Selasa Tanggal 10hb November 201910