Selasa, 23 Julai 2019

ISTERIKU TIADA BERKENING



 

ISTERIKU TIADA BERKENING

Isteriku tiada berkening
Tetapi pagi petang dia memantis
Dua keningnya dengan  Eye brow pencil
Sudah begitu nasibnya Tuhan  jadikan tiada berkening.

Sesekali rasa kasihan juga
Dia inginkan kening yang hitam
Seperti orang lain cantik lentik  dan lebat
Tetapi dia seperti hilang keningnya semacam terbakar?

Hendak buat bagaimana ?
Sememangnya telah di takdir Ilahi
Terpaksalah bercunting pagi dan petang
Bagi mencantikkan lukisan  keningnya untuk diri sendiri?

Oleh Pena Utara,
Jam 4 pagi.
Tarikh 23 Jun 2019.

KEADAAN KITA KINI SAMAR DAN KABUR?





KEADAAN KITA KINI SAMAR DAN KABUR?

Cukup merisaukan kita
Bila kita fikirkan politik tanah air
Perancangan tidak teratur dan tidak menyakinkan
Bila kuasa bertukar tangan terserah kepada bukan muslim memerintah
Malah sepenuhnya bagaikan di kuasai oleh ketua bukan bumiputera anak jadi tempatan ?

Kini berlaku kepincangan
Bila hak-hak anak bumi putera kini
Telah pun  diganggu gugat sesuka hati mereka saja
Malah nan muslim telah berani menguasai TH dan ZP hak dalam negeri
Kononnya ada persetujuan pula menteri agama  untuk menjayakan ramatul lil alamin  ?

Agama semua sama sahaja
Janji politik tidak sepatutnya ditunaikan
Melainkan propaganda sekadar tohmah dan fitnah sahaja
Rakyat jelata cuma menjadi mangsa penipuan memancing undi sokongan
Apa yang penting agenda mabuk kuasa dapat di laksanakan demi kepentingan peribadi dan kroni?

Oleh : Pena Utara,
Catatan jam 5 pagi.
Tarikh 19hb Julai, 2019.