Selasa, 23 Julai 2019

KEADAAN KITA KINI SAMAR DAN KABUR?





KEADAAN KITA KINI SAMAR DAN KABUR?

Cukup merisaukan kita
Bila kita fikirkan politik tanah air
Perancangan tidak teratur dan tidak menyakinkan
Bila kuasa bertukar tangan terserah kepada bukan muslim memerintah
Malah sepenuhnya bagaikan di kuasai oleh ketua bukan bumiputera anak jadi tempatan ?

Kini berlaku kepincangan
Bila hak-hak anak bumi putera kini
Telah pun  diganggu gugat sesuka hati mereka saja
Malah nan muslim telah berani menguasai TH dan ZP hak dalam negeri
Kononnya ada persetujuan pula menteri agama  untuk menjayakan ramatul lil alamin  ?

Agama semua sama sahaja
Janji politik tidak sepatutnya ditunaikan
Melainkan propaganda sekadar tohmah dan fitnah sahaja
Rakyat jelata cuma menjadi mangsa penipuan memancing undi sokongan
Apa yang penting agenda mabuk kuasa dapat di laksanakan demi kepentingan peribadi dan kroni?

Oleh : Pena Utara,
Catatan jam 5 pagi.
Tarikh 19hb Julai, 2019.
                                                                                   

Tiada ulasan: