Khamis, 28 Februari 2019

KITAB ALLAH SWT






KITAB ALLAH S.W.T
 
Surah Al Baqarah
Ada ayat doa pada ayat 129
Nyata sekali Kitab Allah itu ada kelebihan
Memandu umat manusia ke arah jalan Allah yang lurus.

Perbanyakkan doa
Jangan kita sia-siakan doa ini
Terutama doa kepada dua ibu bapa kita
Kemudian doa menyelamat kan keluarga dan kekal solat,

Doa itu senjata kita
Terutama bagi orang mukmin
Janganlah lupa berdoa pagi dan petang
Inshaallah Allah memperkenankannya cepat atau lewat.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50 pagi
Tarikh Khamis 14hb Februari 2019.

SETIAP HARI JUMAAT SAKIT KEPALA. ?






SETIAP HARI JUMAAT SAKIT KEPALA. ?
  


Kenapa setiap kali hari Jumaat
Aku mula sakit kepala macam tak selesa
Kekadang sakit kuat solat Jumaat pun melepas pula
Apa yang mesti di lakukan kalau darah naik kurang normal
Tetapi Kekadang boleh terlajak sampai dua kali Jumaat tidak hadir solat.

Begitulah kita apabila berusia
Kesihatan sering menganggu kehidupan
Kekadang tersilap makan dan melanggar pantang
Terpaksa berehat dan diam di rumah sahaja apa nak kata
Itulah penyakit amaran Allah S.W.T bila kita sudah berada di hujung senja.

Perbayakkanlah amal ibadat
Sentiasa amal makruf dan nahi mungkar
Ingatlah dunia ini tempat mainan suka-suka sahaja
Segala yang ada kita tinggalkan semua hanya amal ibadat saja
Yang kita bawa sebagai bekalan perjalanan kita menuju ke pintu syurga.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 10. 15   pagi
Hari Jumaat Tarikh 7November 2018.