Ahad, 4 Februari 2018

MATI DAHULU SEBELUM HIDUP


ingin kukhabarkan.jpg

MATI DAHULU SEBELUM HIDUP

Kita dijadikan dari benda yang beku
Melalui proses tertentu barulah kita lahir untuk hidup
Kemudian dengan kekuasaan Alah SWT lantas di mematikannya semuan
Kerana di akhirat nanti tidak ada lagi  kematian  selepas kita di hidupkannya  semula .

Kerana kita  di dunia ini sementara
Kehidupan kita semula  di akhirat yang telah ditetapkan
Kerana kehidupan kita buat  kali kedua ini satu kehidupan dalam perhitungan.
Untuk mendapatkan syurga atau nerakan yang kekal untuk kehidupan selama-lamanya.

Disebabkan kehidupan di dunia ini
Semuanya tidak boleh lari kematian akan memburumu.
Kerana setiap yang  hidup akan merasaai kematian sesatu ketetapan Allah SWT
Kemudian Allah SWT menilai segala amalan yang kita lakukan semasa di dunia  dahulu..


Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
Khamis Tarikh:  1hb Februari 2018.

Ahad, 28 Januari 2018

AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?


langkah baru.jpeg


 AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?

Bila cukup lima tahun
Sesuatu penggal pemerentahan tamat
Sebagai rakyat biasa kami  diminta perlu memilih
Sewaktu PRU ikut bilangan kami akan memilih dan mencorakkan
Pemilihan baru atau ingin menentukan pemerentahan yang sedia ada seterusnya.

Setiap rakyat 21 tahun
Di wajibkan kami memilih seorang wakil
Digelar Yb wakil rakyat di kawasan Parlimen/DUN
Pilihlah calunlah dan undi lah mana parti yang ada meminatinya
Tetapi jangan menyesal kalau kita  terpilih calon yang  cuma  cakap sahaja pandai?

Oleh sebab itu kita perlu
Memilih dan menilai kerja tanggung jawab
Yb wakil rakyat yang benar–benar ada kemampuan
Bukan ada agenda yang tersembunyi atau dendam kesumatnya
Terhadap ke tidak kepuasan ingin merebut dan menguasai kedudukan pemerintah?

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
Ahad  Tarikh: 28hb Januari 2018.

PERJALANAN HIDUP KITA BAGAIKAN MENDAKI BUKIT


bumi ambiak.jpg


PERJALANAN HIDUP KITA BAGAIKAN MENDAKI BUKIT

Perjalanan hidup kita
Bagai mendaki se buah bukit tinggi
Bila kita berusia 50an pendakian mesti di puncak
Jikalau tidak kita akan gagal dalam perjalanan pendakian ini
Kerana pendakian hidup kita ini  Allah S.W.T yang menentukan setiap seorang.

Jika pada usia muda
Kita gagal merebut peluang dan masa
Perjalanan hidup kita sewaktu turun bukit ini nanti
Terasa gagal melengkapkan diri sewaktu menuruni pendakian ini
Bila usia 60an kita mulai menurun bukit pendakian yang  berbagai penyesalan.

Justeru itulah kita ini
Jangan sesekali asyik membuang masa
Pendakian perjalanan kehidupan ini mesti diteruskan
Perlu ada persiapan yang secukup rapi  dan sepatutnya berilmu
Kerana kejayaan dan kegagalan kita ini  berkait rapat di dunia dan juga akhirat.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.20  pagi hari
Sabtu tanggal 27Januari 2018.

SATU SURAH ADA HIKMAHNYA


tahana.jpg

 SATU SURAH ADA HIKMAHNYA


Ada satu surah
Mengandungi 30 ayat
Surah al Mulk  atau surah tabaruk
Sebagai amalan elok  kita cuba menghafalkannya.

Bagi siapa saja
Yang selalu membaca
Setiap malam amalan sebelum tidur
Ianya menghalang kita daripada seksa  azab kubur.

Inilah satu surah
Bagi menyelamat  kita
Menghalang kita dari soalan kubur
Untuk kesejahteraan kita di dunia dan alam barzah.

Bagi siapa  saja
Menghafal surah al Mulk ini
Eloklah membaca mengamalkannya
Sebagai amalan atau rutin dalam kehidupan  amin.

Oleh : Tinta Azimad,
Catatan jam 6.55 pagi
Jumaat  Tanggal 26hb Januari 2018.

BELANJAKANLAH HARTA YANG ALLAH BERIKAN.


wang.jpeg


BELANJAKAN LAH HARTA YANG ALLAH BERIKAN.

Allah meminta
Segala rezeki yang Allah berikan.
Belanjakan lah harta yang Allah S.W.T berikan kepadanya.

Tetapi manusia
Lupa dan lalai di hasut ketamakkan
Tetapi apabila ajalnya sampai mereka terasa kerugian.

Lantas Manusia
Meminta dan berdoa kepada Allah
Untuk memanjang kan umur untuk melakukan kebajikan.

Tetapi Allah S.W.T
Tidak akan memberi peluang lagi
Apabila nyawa kita  kini  sudah pun  berada di khakum.

Wahai anak Adam
Kamu tidak ada apa harta pun
Kecuali apa yang anda telah derma dan sedekahkannya.

Justeru itu manusia
Bagi menjauhkan daripada kerugian
Impakkanlah harta kita kepada mereka yg memerlukan.

Oleh: Qalam Mutiara
Catatan dilakukan  jam 6.40 pagi
Hari Khamis bersamaan 24hb Januari 2018.