Ahad, 10 Disember 2017

JANGAN KITA MEMBAKAR API ?



JANGAN KITA MEMBAKAR API ?  

Jangan kita bermain api Jangan pula membakarkannya
Kerana hati ini mudah panas dan terbakar
terutama apabila kita suka  cabar dan mencabar
Sensitif menyentuh tentang agama , bangsa dan negara kita
Sesungguhnya siapa pun boleh kaya raya jikalau kita  rajin berusaha .
.
Tahukah bulan apa kini? Cuma beberapa saja lagi 13 Mei
Lukakah anak cucu kita pada peristiwa
Cukup mencelarukan minda dan menyayat hati
Bila lalat , patung , katak puru dan katak minyak bergaduh?
Satu simbolik yang ternyata banyak hikmah dan penilaiannya buat kita.

Sepatutnya kita semua Sebagai warga rakyat Malaysia
Ketepikan budaya ungkit mengungkit
Tuduh menuduh rasa ke tidak keadilan ekonomi
Kutuk mengutuk tohmah fitnah dan beradu domba sesama kita
Hidup lah seperti daun kelapa mengikut giliran untuk jatuh dan berundur..

Siapakah kita sebenarnya? Semuanya asal warga pendatang
Bertapak di bumi bertuah semenanjung ini
Dalam keadaan daif dan susah payah mencari rezeki
Datuk nenek kita tinggal tanah tumpah darah menyeberang lautan
Demi untuk membina hidup baru di bumi yang serba subur hasil mahsulnya.

Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.05  pagi
Ahad hujung minggu 7hb Mei 2017.

.JANGAN HIDUP DENGAN TIPU DAYA




.JANGAN HIDUP DENGAN TIPU DAYA

Ada orang yang suka
melakukan tipu daya yang besar
seolah-olah mereka membawa jalan yang benar
sebenarnya mereka membawa ke jalan yang salah dan dusta
Tetapi mereka pemimpin sangat pandai dan licik memperdaya pengikutnya
Sehingga terpahat di hati penuh yakin kepada pemimpin berat untuk meninggalkannya.

Pemimpin tipu daya
Mereka inilah syaitan manusia
Bila mereka berkata jangan kamu cuba tinggalkan
Tuhan, harta, wang ringgit, kekayaan, kedudukan dan pangkat.
Maka berlakulah berbagai  penguasaan di seluruh dunia rumah bahala
Setelah mereka meninggal banyak patong dibina untuk di kenang pengikut-pengikutnya.

Sebenarnya si Iblis
Telah membisik kepada pengikut
Binalah patong-patong sebagai perhiasan di bahala
Akhirnya pengikut genarasi terkemudian telah menyembah bahala
Maka terjadilah berbagai nama patong bergelar nama tuhan-tuhan mereka
Sehingga kini budaya pengaruh dan pengasut ini boleh menjadi sejarah turun temurun.

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 6.55 pagi
Jumaat tanggal 5hb Mei 2017.


KITA ANTI PARTI SIRAT TUMBUHAN




 KITA ANTI PARTI SERAT TUMBUHAN

Kita berasal dari tumbuhan
Hasil anti parti serat galian dari bumi
Kemudian kita akan kembali semula ke dalam bumi
Secara rasmi atau tidak pastinya kita akan di ke bumi juga.
Walau pun kita mati tenggelam di laut atau terbakar di muka bumi ini

Setelah habis tempuh bumi
Manusia yang berada di alam berzah
 Kita di bangkitkan semula untuk di buat perhitungan
Untuk kita menerima balasan sama ada baik atau sebaliknya
Pembalasan untuk ke syurga atau neraka terpulang kepada amalan.

Jesteruitu kita perlu ingat
Perlu lah ada keinsafan dalam hati
Jangan kita mengikut kehendak hawa nafsu semata
Banyakkan amalan jika takut pembalasan di hari akhirat nanti
Kerana kita hidup di dunia ini bagaikan persingahan sementara sahaja.
.
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 6.55 pagi
Selasa tanggal 2hb Mei 2017

BUMI BAGAIKAN HAMPARAN




BUMI BAGAIKAN HAMPARAN

AllahSWT  mencipta bumi ini
Sebagai tempat yang manusia di diami
Sama sebagai hamparan berjalanlah kemana saja

Lihatlah bumi ini  terdampar
Terdapat  jalan lorong bukit dan gunung
Semuanya ini bagi memudahkan manusia berjalan.

Gunung ganang pasak bumi
Lautan dan udara juga tempat perjalanan
Padang , sungai lembah tumbuhan semua nekmat.

Dan langit pula penuh di hiasi
Angin , awan , bintang mentari dan bulan
Semu  patuh setia menjalani paksi masing-masing.

Apa sahaja di atas muka bumi
Semuanya untuk kita berfikir nekmatnya
Bagaimana  manusia untuk mendapatkan hasilnya.

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 6.55 pagi

Rabu tanggal 3hb Mei 2017.

MANA PERGINYA RERAKAN PENCATAT PUISI ?




 MANA PERGINYA RERAKAN PENCATAT PUISI ?

Aku tidak tahu ?
Ke mana perginya rerakan
Selama ini gigih mencatat puisi di Fb?
Sehingga kini aku konta kentel bersendirian mencatat
Merakam segala peristiwa dan mencatat denyut nadi di daerah ini.

Dahulu kita ada
Beberapa orang rerakan
setia mencatat meluahkan cita rasanya
Zaman taipretter sebelum datangnya zaman laptop/PC
Baharin Ramlee, Jefree BN, Pena Mutiara, Ibra dan Azimad Mahmud?

Kini ruang puisi
Di media ruang siber
Juga sepi sesepi muram wajah pagi
Ada seorang penulis di Fb juga menyepi ghaib Sdn SSN9
Cuma sesekali Nuri manja, Pena Utara, Tinta Azimad, dan Qalam Mutiara?

Oleh Pena Runcing
Catatan jam 5.55 pagi
Selasa tanggal 2hb Mei 2017.