Sabtu, 23 September 2017

DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA



DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA 

Telah pun kita ketahui
Adam dicampakkan ke dunia fana
Disebabkan kesalahan melanggar perentah
Sedangkan syurga itu tempat yang aman dan damai
Kini dunia sebagai tempat penyeksaan dan hukuman sementara
Setelah ada keinsapan dan penyesalan baru kita di kembalikan semula ke syurga.

Jadi janganlah kita leka
Hidup di dunia ini cuma sementara
Menjadikan  dunia tempat bermain dan hiburan
Sedangkan kita dalam ujian menjalani hukuman kesalahan
Jika kita tidak ada keinsapan dan persediaan untuk kembali semula
Setelah dijemput kembali barulah kita tersedar dari mimpi dunia ini fatamargana.

Alam yang kekal akhirat
Di sini kita bagaikan pendatang saja
Untuk menjalani hukuman dan ujian penilaian
Sama ada kita di dunia ini hidup mewah atau sebaliknya
Semuanya adalah ujian Allah SWT untuk menilai kita layak ke mana?
Jika kita lupa lalai dan leka pastinya kita gagal untuk di tempatkan ke syurga Nya.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam7 .00  petang
Sabtu  Tanggal 4hb  Februari 2017.

DUNIA INI FATAMORGANA TERKUTUK



DUNIA INI FATAMORGANA TERKUTUK 

Alam ini Hologram
Dia perlu memandang tujuan
Apakah perjalanan hidup kita di dunia ini.

Hakikat di dunia ini
Ketahuilah keadaan kalian
Sama seperti makhluk orang yang asing.

Perlulah kita berfikir
Patut memandang dunia ini
Hanya sebagai pendatang buat sementara.

Kita perlulah rindu
Kehidupan asal kita di syurga
Kerana di situlah rumah asal kehidupan kita.

Wahai Adam Diamlah
Di Syurga ini tempat kamu
Semuanya tempat kedamaian tiada kesusahan.

Wahai umat-umatku
Dunia ini penjara bagi kamu
Tempat kamu di uji untuk mendapat keinsafan.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7. 00  pagi
Jumaat tanggal 3hb Februari 2017.


ILMU WAHYU



 ILMU WAHYU

Ilmu wahyu
Kita dapat membimbing
Dan mencari hakikat dunia ini
Apakah dunia ini diciptakan untuk apa?
Firman Allah : Dunia ini tempat permain dan suka sahaja.

Melainkan
Orang yang tidak lalai
Apa itu permainan tol atau game
anak-anak kita asyik dalam permainan
Sebenarnya dunia fana ini adala asyik dengan permaianan.

Wahai manusia
Apa sahaja kamu ada
semua permainan dan perlawanan
bagaikan satu kerugian dan mengasyikkan
Bila seorang itu kalah dan kecundang dinamakan game over.

Dunia ini asyik
Hidup kita juga bermimpi
Apa yang kita lalukan dengan bermain
Maka masa kita habis dengan kelalaian saja
Bagai mana jika kita terjaga dari mimpi yang merugikannya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.20 pagi
Khamis Tanggal 2hb Februari 207.

AL QURAN ITU UBAT

       

 AL QURAN ITU UBAT   
                               
Al Quran itu ubat                                       
Dapat mengubat hati kamu                       
Segala penyakit batin dalam dada           
Dan dapat menenangkan hati dan jiwa kamu
Janganlah lupa membaca dan menhayati isi kandungannya.
                                 
Al Quran ubat keramat
Bagi sesiapa yang mengamal
Membacanya setiap hari pagi dan petang
Akan dapat menyembuhkan dari keresahan hati
Dan segala penyakit hasad dengki besar kepala tinggi diri.

Al Quran itu penawar
Malah sentaja orang Mukmin
Jikalau memahami pengajaran dan hikmah
Mengajar kita dari penyakit hati di dunia fana ini
Agar kita menjadi orang beriman yang di kasihi Allah SWT.

Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 7.40 pagi
Rabu 1hb Februari, 2017. 

SEBELUM MANUSIA DIKENALI


cerita.jpg

SEBELUM MANUSIA DIKENALI 

Sebelum kita dikenali
Keadaan cerita ada manusia
Sebenarnya tidak ada siapa mengenal manusia
Setelah manusia diangkat oleh Allah SWT menjadi Khalifah
Disebabkan mahkluk lain menolak jawatan itu dari tawaran Allah SWT.

Maha suci Allah SWT
Untuk memilik jawatan khalifah
Di muka bumi Allah yang menjadikan makhluk
Semuanya menolak bulan, malaikat, pokok bukit dan gunung
Lantas Allah SWT mengakat  dan melatik setiap manusia menjadi khalifat

Sehingga sampai  kini
Setiap kita daripada Manusia
Adalah menjadi khalifat di bumi Allah SWT ini
Setelah diangkat dan dilantik menjadi Khalifat manusia alpa
Malah manusia mulai merasa hebat  sumbung angkuh sehingga lupa diri.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 5 .30  petang
Selasa Tanggal 31hb Januari 2017.