Ahad, 19 Februari 2017

KITA SEMAKIN DEKAT





KITA SEMAKIN DEKAT

Masa itu berharga
Setiap bertambah tahun baru
Sebenarnya bertambah dekat kematian
Maka banyak bertaqwa muhasabah tingkat amalan
Maka kita perlu memperbetulkan amalan akan bertambah
Boleh memberi memfaat kepada diri kita dan kesenangan orang lain.

Jadi bila berubah
Hari  minggu bulan dan tahun
Sebaiknya perlu banyak muhasabah kita
Dalam solat itu terlalu banyak pengajaran kepada kita
Kalau kita masih gagal dan tidak ada kesedaran solat itu sia-sia
Maka solat kita selama ini ternyata bagaikan satu amalan harian saja.

Kerana syaitan ini
Sentiasa sahaja mencari jalan
Menggoda dan melalaikan kehidupan kita
Di zaman teknologi ini terlalu banyak ketagihannya
Justeru itu kita perlulah menilai dengan penuh keinsafan diri
Semoga segala keazaman kita pastikan ada tambah baik dan perubahannya.

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30petang
Ahad Tanggal 8hb Januari 2017.

CARILAH KEBERUNTUNGAN



mimpi sama.jpg




CARILAH KEBERUNTUNGAN


Sesungguhnya kata saidina Ali
Beruntung lah orang yang lebih baik hari ini
Berbeza dengan kehidupan daripada hari semalam.

Perlulah kita menanam azam
Setiap kali menjelang tahun baru yang datang
Jangan biarkan sekadar mencatat tidak melakukannya,

Kerana datang awal tahun itu
Kita bagaikan membuka satu lambaran baru
Jikalau kita masih gagal melaksana cita-cita teruskan.

Sebenarnya  bagi orang Islam
Kita mempunyai hari , bulan dan tahun hijrah
Perlulah kita rebut peluang yang Allah S.W.T menentukan.

Sebelum tidur perlu muhasabah
Tanam azam dan cita-cita itu perlu dilakukan
Bukan sekadar catat dalam diari dan simpan di hati saja.


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .30petang
Ahad Tanggal 8hb Januari 2017.



Jumaat, 17 Februari 2017

IKTIBAK




 IKTIBAK

Iktibak
Kita boleh ikut
Kalau kita suka tabii nabi
Kalau nabi sudah melakukannya
Tidak perlu lagi kita untuk persoalkannya
Semuanya telah dilakukan oleh nabi Muhamad S.A.W.

Tubbah
Menceritakannya
Bagaimana nabi Rasulullah
Sehingga batang tamar merindui
Bukit  Hudud pun dapat masuk syurga
Kerana dua makhluk ini mencintai nabi Muhamad S.A.W.

Cintai
Nabi kita Muhamad
Mereka yang sebelum lahir
Dan mereka yang selepas nabi wafat
Layak untuk masuk syurga kerana merinduinya
Lebih bertuah mereka yang sezaman dengan Rasulullah.

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 7 .00petang
Ahad Tanggal 8hb Januari 2017.