Sabtu, 24 Disember 2016

SEJAHTERAKANLAH JIWA KAMU






SEJAHTERAKANLAH JIWA KAMU

Sejahtera lah jiwa kamu
Akan layak masuk syurga Allah
Kata nabi orang yang layak masuk syurga
Mereka yang tidak ada perasaan hasad dan dengki
Bila melihat orang lain ada kelebihan daripada dirinya sendiri.

Jika Allah memberinya
Apa yang dia ada sudah memadai
Jika Allah memberi kekayaan dan harta benda
Dia tetap bersyukur dengan apa yang dia ada sahaja
Tidak berperasaan cemburu, sakit hati dan tidak tenang jiwanya.

Sesungguhnya manusia
Mereka beriman percaya kiamat
Allah S.W.T telah pun menjemput jiwa mereka
Wahai manusia yang berjiwa tenang masuk lah syurga
Dengan keredhaan Allah S.W.T bersama amal ibadat solehnya.


Oleh Pena Runcing
Catatan jam 6.55 pagi
Khamis Tanggal  22hb Disember 2016.

TEMAN SEBAYAKU TELAH PUN KEMBALI






TEMAN SEBAYAKU TELAH PUN KEMBALI


Ramai teman sebayaku
Telah pun kembali ke pangkuan Ilahi
Dahulu sama pergi ke sekolah menuntut ilmu
Daripada  darjah satu hingga ke darjah lima dan enam.

Kekadang aku selalu sakit
Mereka yang memapah aku pulang
Leman, Awang, Abbas, Othman dan Mat Isa
Tanpa mengenal jemu membantu aku  di serang asma.

Kini mereka semua tiada lagi
Mungkin Awang yang tinggal di Johor
Belum aku tahu berita kehidupan sehariannya
Mungkin bertambah senang merantau di negeri orang.

Aku yang tinggal di Mutiara
Kini sudah pun berada di hujung senja
Sering menghitung hari dalam usia kehidupan
Malam hari sering dipermainkan oleh mimpi bertaburan.


Oleh  Tinta Azimat
Catatan jam 6.20 petang
Rabu  Tanggal 21hb Disember 2016.