Isnin, 24 Oktober 2016

KEJAHATAN INI BIASA ADA DI MANA-MANA






KEJAHATAN INI BIASA ADA DI MANA-MANA

Kejahatan ini
Bias ada di mana-mana
Malah lewat kebelakangan ini
Terlalu banyak keluar dari muluit busuk
Dengan niat dan nawaitu minda yang telah benak.

Maka tersebar
Cerita fitnah dan tohmah
Yang sengaja di reka-rekakan
Cuma ingin mencari pengaruh besar
Buat sebuah agenda merosakan minda semata.

Awas bangsaku!
Fitnah dan hasutan itu
lebih dahsat daripada membunuh musuh
Berapa banyak negara yang hancur dan musnah
Dengan kerja hasutan, fitnah  tohmah dan beradu domba?


Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6.10 pagi
Hari  Rabu tanggal 19 Oktober 2016.

Ahad, 23 Oktober 2016

BILA KITA BERDEBAT






 BILA KITA BERDEBAT

Ingat!
Bila kita diminta
Berdebat, berhujah, diskusi
Lakukan dengan baik dan berhemah
Mengajak mereka beriman kepada Allah SWT
Bukan cara kekerasan kekasaran menghina dan mencaci.

Serulah!
Dengan berkata
Kita menyembah Allah sama
Berhujahlah dengan kata-kata yang baik
Boleh memberi kesedaran dan penuh hikmah
Kecuali golongan yang zalim dan memerangi orang Islam.

Orang beriman
Tidak perlu lagi berhujah
Dengan para ulama dan ahli kitab
Kecuali mereka melakukan satu kezaliman
Kita perlulah berhujah dengan cara bersesuaian
Maka kita tidak boleh lagi berlembut dengan golongan ini.


Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6.10 pagi
Hari  Rabu tanggal 19 Oktober 2016.