Sabtu, 29 Disember 2012

MATI PERLAHAN-LAHAN (8)



 
Sayembara Oktober tempat ke 8 .
 
Hidup ini adalah sementara
tanpa disedari kita semua
akan mati perlahan lahan
namun jika ada menemukan
apa erti sebenar hidup ini ‘
ia akan mati dalam bahagia
saat semua kebahagiaan terluah

Oleh: Farhana Farina
sajak agak tunggang langgang sikit sbb sy sibuk utk persiapan kawin sbb 11.11.2012 sy akan berkwin cadang nak tarik diri tp tunang muhamad mualim x bagi dia kata hadiah lumayan 30 Oktober 2012 11:47 PG

Jumaat, 28 Disember 2012

.SEPI TAK BERTEPI (7)



 
Sayembara ouisi Oktober 2012 tempat ke (7)

Sepi membungkam bibir ingin berkata
Senyap hening dikeliling jiwa.
Lirih tiada menampakkan hadir
Semua membeku tak terasa apa
Inginku cuba utarakan
beberapa bait puisi.
Namun berat untuk disampaikan
kerana semua sudah membeku
Perlahan cair ke sudut mata.
Sesak jantung pun enggan berdetak.
Hanya Sepi ini tak bertepi

Oleh: Saidatina Ayubi
sajak dari sarah dia tarik diri kerana ayah dia meninggal
 jadi sy sebagaikan kakak tiri dia sy ganti tempat dia /30 Oktober 2012 11:43 PG

 

Rabu, 26 Disember 2012

RELUNG PANASNYA BUMI (6)



Sayembara puisi oktober 2012 Ke 6.


Direlung panasnya bumi
aku temu matahari yang sinari aku.
Menjelma menjadi terang
menghidupkan hela nafas..
Direlung panasnya jiwa
aku temukan api memancarkan
percikan bara yang menusuk
tiap kali sinarnya berubah

Oleh: Nor Amira
sajak simbolik/30 Oktober 2012 11:59 PG