Selasa, 7 Disember 2010

BAPAK KUCHING DAN TIKUS MONTOK





Entah! sampai  bila  pun cerita tidak akan selesai
selagi bapa kuching dan juga tikus mondok
macam ada pakatan kerjasama rahsia sulit,

Bila anak-anak tikus kasturi mula berpesta
rempit, rokok, gam, dadah, kelsum dan sabu
pembekalan disediakan oleh tikus mondok,

Bila khalayak buat aduan pada bapa kucing
segera mengarah anak-anak kucing meronda
tetapi kena ikat locing sairen kecil dilehernya,

Bila anak-anak tikus kasturi dengar habis lari
kerana anak-anak kucing telah dibekal sairen
yang kenyang bapa kucing dan tikus mondok,

Entah! Sampai bila pun cerita ini tidak akan selesai
selagi ada suapan tikus mondok masih berluasa
 bapa kucing tidak serius mengarah anak buahnya.
menangkap tikus kasturi yang selalu berpesta.

Oleh: Nurimanja,
ketika malam hari jam 3.00 pagi
nampak kereta polis berhenti, 12/2010



.

ALAM KATA





menangkap hal-hal separuh wajar
kukurung di dalam rasa
kemungkinan berbisik perlahan
kebebasan mula meresapi hidup
siang dan malam
aneka kata wangi
selainnya mencari arah
aku tahu ketenangan sudah menunggu

Masuk ke dalam kata
bermalam dalam keanekaannya
memetik wangi
lalu disuap ke indera.
segar jagat jasad
menghulur ke luar jangkauan
sesekali menyentuh
dan memeranjatkan orang
tersenyum batinku.

Oleh:Penyajak istana  (10)n1
Tanggal, 23.12.2009





Isnin, 6 Disember 2010

DIMANA MODAL INSAN MAAL HIJRAH?





Jikalau seorang tua
lama hidup banyak makan garam
tentu banyak mempunyai modal insan
tetapi sayang apa yang ada dipergadaikannya.
Islam itu mengatakan
sesama kita semuanya bersaudara
tetapi kerana politik kita  memutuskan
berbeza pendapat mengapa disabitkan agama?
Kerana rasa kepartian
pilitik sanggup membunuh aqidah
kita pun diseranglah penyakit berpecah
maka jadilah bangsa yang mundur dan lemah.
Mengapa kita tidak fikir?
Islam itu membawa erti sejahtera
kenapa adakan persengketaan sesama
sehingga sanggup menolak rasa perpaduan.

Oleh ; Nurimanja,
catatan selepas buka puasa
dan bersamaan satu hijrah 1432




HATI YANG MERINDU





Hati-hati yang merindu,
tabahlah menghadapi hari
walau tidak kesempatan untuk berjumpa.

Wahai hati-hati yang merindu,
Usah cemas bila rindu itu mengunung tinggi,.

Duhai hati-hati yang merindu,
usah ditangisi andai aku tidak kembali,
moga suatu hari yang abadi itu
akan menjanjikan pertemuan yang pasti.

Duhai hati-hati yang merindu,
teruskahlah perjuangan walau ku tiada disisi,
Dia bersama kalian dalam menuju dunia abadi.
detik pertemuan pasti kembali

Oleh; ORANG LAMA (10) n1
DI RUMAH ORANG TUA 
20.7.90




BUAT YB DEWAN UNDANGAN NEGERI.



buat DUN yg pernah ditawan pembangkang.

Dimanakah letaknya kata-kata kamu dulu Insyaallah?
setelah hampir tiga tahun kami menantian dan gelisah,
ternyata kamu cuma pandai bermadah janji dan sumpah
sekadar untuk melepaskan pertemuan bibir, gigi dan lidah
sewaktu -sewaktu kempen kamu rasa ragu dan gundah.

Tetapi, bila  sudah berada di kerusi empok dan lembut
nampaknya semua  janji dan sumpah ikhrar telah hanyut
kini pengundi kamu  telah pun lemas dan bosan menanti
mana kata- manis buat janji yang dahulu kamu taburkan?
satu haram kerja pun diharap tidak nampak ditunaikan.

Setelah kamu dicalun oleh rakyat dan diberi sokongan
kamu asyik berkempen dan tengelam dalam kemewahan
kononnya ada  mesyuarat setiap hari,  pagi dan petang,
nampaknya daerah kami tidak lagi pernah kamu kunjungi
nanti PRU13, kami menentukan nasib anda selepas ini  .....

Oleh: Suara Pulau,
sakit hati tenguk wakil yang dipilih rakyat,
bercakap tidak berhemah  di dewan mulia negeri.
catatan dua tiga hari yang lalu hujung november 2010.

(kita yang undi, kita yang pileh, mengapa bagi sakit hati dan buat cerita sedeh)