Jumaat, 9 April 2010

DALAM KEHIDUPAN INI


Dalam kehidupan ini,
lakukanlah apa saja
yang kamu suka buat
tetapi perlulah  ingat
setiap perbuatan kamu
ada pembalasannya.

Dalam kehidupan  ini,
carikanlah apa  saja
yang kamu mahu dapat
tetapi perlulah  ingat
penghujung pencarian ini
ada hari menantinya.

Oleh; Nurimanja,
BBTK bayan Lepas,
30hb, September, 2009.

Khamis, 8 April 2010

BILA TIBA KETIKANYA


Bila tiba waktunya;
adat alam
air pasang akan surut
tiap yang awal akan berakhir
tiap yang datang akan pergi
tiap yang baharu akan binasa
malam dan siang juga akan terhenti.

Siapa yang mahu menongkat langit
melihat matahari terus bersinar
melihat bulan terus beredar
dunia ini terus berpusingan
siang malam terus berlalu
dan bila tiba waktunya,
perjalanan kita juga akan berakhir.

Oleh; Nurimanja,
Telok Kumbar, 3.Mei 2004.

Rabu, 7 April 2010

MARAH YANG DIPUJI


Marah yang dipuji
perlu ada pada manusia
jika tidak marah
maka kamu dayus.

Marah juga seketika
yang lain cuma emosinal
jika kamu mahu marah
pesan nabi ada tiga
bijak, ikhlas, benar.

Marah yang terpuji
bila ada rasa kawalan
berhemah,ikhlas,berani
mendidik untuk kebaikan.

OLEH: Nurimanja,
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Setelah melihat perkara mungkar 2010.

Selasa, 6 April 2010

SEBUAH CATATAN LAMA


Dalam sebuah catatan lama
masih tersimpan disudut hati
khazanah kenangan sukaduka,

Kini benarkanlah hari membaca
akan cerita yang menyetuh hati
kita dapat ambil pengajarannya.

Jikalau  dirimu terasa gementar
untuk mencatat akan kebenaran
zaman pasti akan terus menangis
kerana membiar kemungkaran,

Kita sepatutnya tidak mahu dihitung
atau diheret di padang mahsyar
sebagai orang yang bersubahat.

Oleh : Nurimanja,
satu catatan lama,
waktu Keghairahan 2008.

Isnin, 5 April 2010

MANA MUNGKIN NILAINYA?


Jika ada segugus  anggur yang ranum
buahnya pula berbagai rasa dan warna
setiap setangkai buahnya pula berbeza
ada pula rasa manis, masam dan kelat
Baimana mungkin nilai sedapnya sama?

Begitu juga dengan pencipta sebuah lagu
penulis lirik, penyanyi dan pemain muzik
mesti seirama, nyanyi , tari dan gendannya
masakan lagu a go go berirama tarian asli
pasti pincang irama, nyanyi dan tariannya?.

Begitu bidalan dalam hidup kita seharian
sudah sebulat suara mestilah sepakat kata
Jangan satu golongan membuat kata janji
golongan lain berkata itu bukan janji kami
carilah nilai dan keyakinan buat diri sendiri?

Oleh : Nurimanja,
Jabatan Pertanian Rilau, Penang.
projek anak angkat sekolah Sgi Ara. 2002.