Isnin, 5 Julai 2021

GRUP TOK WAN MAHMUD







GRUP TOK WAN MAHMUD 
 
Asal usulnya
Grup Tok Wan Mahmud
Anaknya Siddek cucu kepada Tok Wan Hitam
Neneknya pula bernama Tok Laba berniaga sikit untung berganda
Asal keturunan Keluarga Bugis tinggal tepian sungai suka berniaga ,nelayan dan pertanian.
 
Kini zaman !
Telah mencorak hidup!
Anak, cucu , cicit dan piut  telah melangkah
Jauh ke hadapan mengejar kehidupan di arus zaman gelobarnisasi
Ada yang menjadi usahawan, kerani, auntan,  pendidik, pensyarah, bloger, Youtuber &  Fb.
 
Bertaburan
Tinggal di bumi Malaysia
Merantau jauh menuntut ilmu di negeri orang
Sehingg ke luar negara kemudian mencurah ilmu ke Malaysia Timur.
Kini cuba mengumpul keluarga grup Tok Wan Mahmud dahulu tidak tahu menulis membaca.
 
 
Oleh; Nurimanja ,
Catatan jam 4 petang
RKhamis Tanggal 10hb June 2021.
 



KECERARUN MINDA ?


 



KECERARUN MINDA ? 
 
Ternyata kini
Sebelum berlaku PRU14
Ramai netizen diambuk kecelaruan minda
Dari cerita hasutan tohmah dan fitnah ini kalilah kita ubah ?
Sehingga tumbangnya parti kermat  orang melayu selama 22 bulan PH berkuasa .
 
Maka berlaku
Sebuah sumpah laknat
Dari seorang yang ditohmah dan difitnah
Demi menegak keadilan membela diri hanya sumpah laknat?
Dengan mengunakan nama-nama Allah SWT yang maha mengetahui dan bijaksana.
 
Kini Negaraku
Telah ditimpa penyakit
Agenda Gila, Mabuk,Tamak dan Kemaruk
Diantara ketua parti-parti dalam Malaysia merebut KUASA?
Kini negara bertambah parah dilanda musibah covid 19, ekonomi dan percakaran.
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 8,00 pagi
Selasa Tarikh 29hb Jun 2021
 

.JANGAN CABUT UBAN?



.JANGAN CABUT UBAN? 
 
Pertama
Uban di kepala
Biarkan menghiasi kepala
Jangan dicabut kerana ia membawa cahaya
Kepada kita  di hari kebangkitan kita di yauma akhirat nanti
 
Keduanya
Uban petanda
Seorang itu ada penghormatan
Allah SWT kepada kematangan kehidupannya
Sebagai anugerah yang Allah kurniakan kepada sesaorang itu.
 
Ketiganya
Uban seorang itu
Terutama orang yang lebih tua
Sebagai satu lambang kewibawaan dirinya
Maka kita perlulah merainkan seorang yang lebih tua dari kita .
 
 
Oleh Geletek Pagi
Catatan jam 9.30 pagi
Isnin Tanggal 28hb Jun 2021.
 

KAKAK DAN ADIK!.

.











KAKAK DAN ADIK!.
 
Kakak dan Adik!,
Kita se darah se daging
Jangan bergaduh dan bertengkar
Ingatlah ayah dan ibu penjaga kita sekeluarga
Merekalah guru pertama yang mengasuh dan mendidik kita.
 
Kakak dan Adik!,
Kasihnya ayah dan ibu
Pastinya membawa kita ke syurga
Janganlah kita buat durhaka kepada keduanya
Asa pun neraka dan syurga itu dibawah tapak kaki mereka.
 
Kakak dan Adik!
Jangan lupa keduanya
Segala jasa dan budi tidak ternilai
Buat baiklah kepada mereka apabila sudah tua
Kerana kasih Ayah dan Ibu itulah membawa kita ke Syurga.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Ahad Tarikh: 20hb Jun 2021
 


. AYAH!









AYAH! 
 
Ayah!
Aku selalu sembahyang
Di belakangmu
Jika kau menjadi iman
Aku menjadi makmumnya.
 
Ayah!
Kini kau telah pun pergi
Meninggalkanku
Jasa dan baktimu itu
Tetap kukenang selalu.
 
Ayah!
Puisi ini aku tulis sekejap
Puisi ini aku satu catatan
Bagi mengenang
Kau guru pertama
Mengasuh dan mengajarku.
 
 
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Ahad Tarikh: 20hb Jun 2021