Jumaat, 5 Februari 2021

DULU MELAYUKU TIDAK SEBULU?




DULU MELAYUKU TIDAK SEBULU? 
 
Dahulu melayuku
Cukup terharu tidak sebulu
Diantara songkok hitam dan kupiah putih
Walau kalian sesame Islam dan bersaudara pada agama
Tetapi tidak sefahaman dalam politik dan mengkapirkan pula diantaranya ?

Dahulu tanpa silu
bergaduh tanpa hala tuju
Kalian seakan cuba menegak benang basah
Akhirnya kalian lupa di atas percakaran melayuku pecah
dua menjadi tiga , empat dan lima sedangkan bangsa asing memandangnya ?

Parti non muslim
Cuba memasang perangkap
Di atas perpecahan mereka berjaya menjerat
Tiga menjadi mangsa dua masih bersengketa lalai dan leka
Akhirnya kuasa telah pun jatuh di tangan pemasang jerat dan terus terikat ?

Dahulu Melayuku
Bersatu dalam kemerdekaan
Setelah Berjaya membangunkan negara tercinta
Entah kenapa penyakit mabuk kuasa datang menyerang pula
Kini jadilah sebuah negara kecewa mencapai Wawasan 2020 di mata dunia ?
 
Oleh Geletek Petang
Catatan jam 4.40 petang
Isnin Tanggal 30hb isember 2019

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG









IKAN DI LAUT BUUNG DI GUNUNG  
 
Bakarlah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan mudamudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.
 
Pukullah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.
 
Jadikanlah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.
 
Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem china kantonis
 

AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?




 



AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?
 
Bila cukup lima tahun
Sesuatu penggal pemerentahan tamat
Sebagai rakyat biasa kita diminta perlu memilih
Sewaktu PRU ikut bilangan kita akan memilih dan mencorakan
Pemilihan baru ataupun ingin menentukan pemerentahan yang sedia ada seterusnya.

Setiap rakyat 21 tahun
Di wajibkan kita memilih seorang wakil
Digelar Yb wakil rakyat di kawasan Parliman/DUN
Pilihlah calunlah dan undilah mana parti yang ada meminatinya
Tetapi jangan menyesal kalau kita terpilih calun yang cuma cakap sahaja pandai?

Oleh sebab itu kita perlu
Memilih dan menilai kerja tanggungjawab
Yb wakil rakyat yang benar–benar ada kemampuan
Bukan ada agenda yang tersembunyi atau dendam kesumatnya
Terhadap ketidak kepuasan hati ingin merebut dan menguasai kedudukan pemerentah?
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
 

SEGERALAH SUJUD SYUKUR










SEGERALAH SUJUD SYUKUR
 
Jika kita telah berjaya
Dengan apa yang kita hajatkan
Eloklah kita lakukan sujud bersyukur
Bukan mudah untuk Allah SWT pekenankan
Usaha dan hajat kejayaan sesaorang mendapat Phd.
 
Perlulah banyak guru
Dan banyak Univasiti dihuninya
Bukan seorang pensyarah dihadapinya
Berbilang bangsa dan kaum menjadi petunjuk
Bagi mendapatkan 3 gulung Ijazah, Master dan Phd.
 
Banyaklah bersyukur
Kita bangsa belum bernama
Jadi yang sulung perlu memulakannya
Bagi merintis jalan permulaan alam pendidikan
Buat datuk nenek sebuah keluarga belum bernama.

 
Oleh: Nuri Manja
Catatan jam 5.45 pagi
Khamis Tanggal 28hb April 2016

BERLAPANG -LAPANGLAH KAMU



BERLAPANG -LAPANGLAH KAMU
-sebaiknya bila berada dlm masjid atau majlis ilmu
 
Orang beriman
Bila diminta berlapang
Mereka berlapang tempat duduk
Allah SWT akan melapangkan kedudukan mereka.
Jika diminta berdiri
Mereka pun berdiri di tempat berdiri
Nescaya Allah meninggikan tempat berdiri mereka.
Rengkasnya!
Sesiapa yang melapangkan tempat sempit
Dengan memberi duduk atau berdiri pada saudara mereka
Allah melapangkan kehidupan mereka dengan rastu dan rahmat.
Allah akan menolong hambanya
Selagi hambanya suka mengamalkan tolong menolong
Diantara satu sama dengan yang lain dalam kehidupan ini . Amin.
 
Oleh Qalam Mutiara,
30 hb April, 2014. Ptg hari.