Ahad, 5 Mei 2019

HARAPAN JADI KEBENCIAN




 HARAPAN JADI KEBENCIAN
Hari ini   
Bila harapan
Menjadi kebencian
Sesuatu yang amat menyedihkan
Apa pun itulah yang telah terjadi di Malaysia
Bila Melayu bangsa majoriti pecah lima di antara parti
Menjadikan kecelaruan minda anak muda telah ke tidak ketentuan.     

Ternyata
Bila tohmah
Fitnah dan hasutan                                                          
Satu agenda yang kurang menarik
Lagi merugikan bangsa melayu dan Malaysia
Terutama di mata luar Negara dan pentas dunia maya
Malaysia dahulu Negara penderma kini jadi peminta sedekah pula.

Harapan
Satu Gabungan
Yang rakyat Malaysia
Letak kepercayaan dan janji-janjinya
Telah mengecewakan hati rakyat jelata Malaysia
Kerana kenikmatan yang dikecapi selama ini bertukar.
Menjadikan kesusahan, kekecewaan , kemarahan dan kebencian.

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 4.30 pagi
Tanggal 24hb Jun 2018. 8 Syawal.

TSUNAMI YANG MELANDA BAHTERA UMNO





TSUNAMI YANG MELANDA BAHTERA UMNO

Bahtera UMNO dilanda  Tsunami
Kononnya datang  dari angin ribut taufan
Diberi nama taufan penipuan, Tohmah dan fitnah
Hebat melanda sehingga mengenelamkan sebuah bahtera
Sedang belayar merentas lautan untuk menuju ke pulau jaya TN30.

Tetiba bahtera UMNO  dilanda
Ribut taufan Tsunami yang begitu hebat
Sehingga dapat mengenelamkan sebuah bahtera
Selama ini telah 61 tahun belayar tanpa di ganggu  taufan
Tetapi angin penipuan , gelombang tohmah dan taufan fitnah melanda.

Selepas 100 hari nampak reda
Kerana dalam kekalutan itu  ribut kecil
Beberapa kali datang pula memukul bahtera UMNO
Biarpun ada pihak meneriak bahtera Umno sudah tenggelam
Namun 3 di antaranya ribut kecil yang memukul itu telah dapat di atasi,

Oleh; Nuri manja,
Catatan 17hb April, 2019. Jam 7 pagi
Gambar Cuma hiasan saja.