Ahad, 7 Oktober 2018

MAKNA AMIN






 MAKNA AMIN 

Kata Malaikat Jibril
Siapa membaca al fatihah
Sampai pada walatdhalinn sebutlah amin.
Di sinilah Allah S.W.T memperkenankan permintaan kita
Jadi perlulah membacanya dengan betul sebutan agar berkesan.

Kata Abu Hurairah
Bila iman menyebut amin
sekalian makmun serentak menyebut amin.
Sesiapa sebutannya serentak dengan sebutan malaikat
Segala doanya akan di perkenankan  segera dengan izin  Allah S.W.T 

Erti Amin itu
Kata nama perbuatan perintah
Atau pekenankanlah sebagai satu doa
Kerana dalam al fatihah itu juga mengandungi doa
Di sinilah kita meminta pertolongan  dan bantuan kepada Allah S.W.T.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50pagi 3hb September 2018.

Sabtu, 6 Oktober 2018

. UJUB







. UJUB 

Ujub satu kehairanan
Melihat apa yang di lakukannya
Rasa kebanggaan diri dan di sanjungan
Inilah satu penyakit yang kita lupa tanpa kita sedari
Telah membelit dan mencengkam hati dan jiwa kita selama ini.

Ujub ini hasutan sahaja
Kerana dalam hatinya ada niat
Telah dipengaruhi oleh bujukan syaitan
Lantas kita menyangka diri kita ini orang terpilih
Maka kita mendapat pujian  dan nama yang di sanjungi ramai.

Melainkan perlu keluar
Daripada melibatkan dirinya
Terpengaruh dengan ilmuan kaki bodek
Bertujuan untuk mendapat sesuatu kepentingan
Ada muslihat , tetapi Allah mengetahui niatnya yang sebenar?


Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan  6.45 pagi
1hb September 2018.