Jumaat, 6 Julai 2018

PERLU INGAT MENCARI NAFKAH




 PERLU INGAT MENCARI NAFKAH  

Ingat mencari rezeki itu
Bukan boleh main tangkap muat sahaja
Kena kaji dan menilainya bersih sumber halal haramnya
Kerana rezeki itu makanan untuk anak dan isteri kita seharian
Setiap darah daging yang telah  tumbuh dan membesar daripada makan haram
Sesungguhnya Allah mengingat kan kita  api neraka itu sedia sahaja untuk mengidamkannya.

Hari ini ada anak –anak .
Suka melawan dan bercanggah pendapat
Terutama dengan ibu bapa yang membesar menjaga mereka
Malah ada yang sanggup membunuh dan menderhaka kepada keduanya
Kerana kita tidak pernah menilai dan mengkaji hasil usaha kita itu halal atau haram
Justeru itulah  anak muda kita kini tidak lagi menghormati orang tua dan kaum keluarganya.

Kerja tidak rasa  ikhlas
Curi tulang , malas dan buat suka hati ini
Juga dikira rezekinya kurang baik , makan gaji buta nampaknya
Menjadikan rezeki hasil kerja kita tidak ikhlas dan hilang keberkatannya
Apa pun kita boleh nilai dan mengkajinya tidak ada silap dan salah kita lakukannya
Sewaktu kita bekerja baik kerja sendiri atau makan gaji dengan kerajaan atau pun swasta

Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 7.20 pagi
Jumaat Tanggal 29hb Jun 2018

Khamis, 5 Julai 2018

MEREKA CUBA MENCABAR PENGHORMATAN ?



DUN.jpg



MEREKA CUBA MENCABAR  PENGHORMATAN  

Mereka benar-benar
cuba  mencabar penghormatan!
Cuba melakukan pendurhakaan
demi pendurhakaan …?

Apabila  diri  dipilih
Telah  diberi mandat kekuasaan
Mulalah menunjukkan keangkuhan
Sombong tidak bijak…?

Mana janji 100 hari ?
berkhidmat untuk rakyat jelata?
Malah Dewan mulia dipermainkan ?
Ternyata satu kerugi …?

Penghormatan diberi
Hanya melakukan pendurhakaan?
Terlalu amat melampau kurang ajar ?
walauopun berpendidikkan …?

Setelah mandat diberi
Permain  helah pun bermula kini ?
Ayat Quran dan hadis dipersendanya?
Syariat Islam diperkecilkan …?
Sayangnya rakan Islam cuma tersenyum tanpa berkata.?

Oleh : Pena Runcing,
Jam 6.15 pagi
Ahad satu  Julai   2018.

BICARA BUAT TUHAN



 ingin kukhabarkan.jpg

SENANDUNG IRAMA PUISI CITRA NURI PAGI INI
BERTAJUK: BICARA BUAT TUHAN    

    
Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menunggu hari
Untuk tidak ada kembali
Kemudian aku menunggu lagi
Untuk hidup yang ke dua kali pula.

Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Kemudian dibicarakan pula
Di Yaumal mahsyar
Aku pun tidak tahu
Apa yang Engkau mahu?

Tuhanku!
Apa masakah
Yang telah memaksaku
Melempar aku di dunia ini
Menghitung dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadarmu
Menentukan aku ke Syurga atau Neraka ?


Oleh: Nuri manja,
Rajang, Sarikei, Sarawak Malaysia Timur.
Tuesday,Oktober,12.1982 dari blog citra rasa nuri manja