Ahad, 4 Februari 2018

BICARA BUAT TUHAN


angin berbisik.jpg

BICARA BUAT TUHAN

Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menunggu hari
Untuk tidak ada kembali
Kemudian aku menunggu lagi
Untuk hidup yamg ke dua kali pula.

Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Kemudian dibicarakan pula
Di Yaumal mahsyar
Aku pun tidak tahu
Apa yang Engkau mahu?

Tuhanku!
Apa masakah
Yang telah memaksaku
Melempar aku di dunia ini
Menghitong dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadarmu
Menentukan aku ke Syurga atau Neraka ?


Oleh: Nurimanja,
Rajang, Sarikei, Sarawak Malaysia Timur.

Sajak  dari Antlogi Lagenda Cintaranuri MT,

JUMPA WANG AJAIB DI RUMAH


ingatlah.jpg


JUMPA WANG AJAIB DI RUMAH

Walau pun kita kini
Melangkah ke zaman serba cangih
Tidak siapa dapat menafikan
Kalau masih ada cerita illusi yang anih
Terlalu sukar dan amat  ajaib
Untuk kita menceritakan ada keganjilan
Di dalam rumah kita sendiri
Seperti tengah mandi, tidur dan makan
Tetiba wang kertas melayang
Lalu  jatuh RM10.00 di tepi  kita,

Atau telephon kita
Berbunyi tepat setiap  jam 5 pagi
Bagaikan mengejut  solat sunat  tahajut
Kekadang dalam bekas gula
Bekas beras, milo terdapat
Atas sofa meja makan dan  tulis
Di bawah mesin basuh belakang peti ais
Terdapat wang kertas
RM 1  RM 5 RM 10
Atau pun RM 50 juga RM 100.

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.50 pagi
Jumaat Tarikh: 2hb Februari 2018.

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG


alam berubah.jpg

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG
Bakar lah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan muda mudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.
Pukul lah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.
Jadikan lah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.

Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem China kantonis

.CINTAI ALLAH DALAM TAHAJUDMU


senja berlabuh.jpg

CINTAI ALLAH DALAM TAHAJUDMU

Cintai Allah
Di dalam tahajudmu
Ketika  orang lain tidur lena
bagunlah bertahajud
Baca Quran dan maknanya
 berzikir lah terus berpanjangan
Banyakkan bergaul
dengan orang beriman
dan berilmu agar kita selamat
Banyakkan cari pahala  
Dengan berpuasa sunat
kamu dalam  hari,
minggu, bulan yang tertentu.
Bersedekah atau menderma lah
Sebanyak mungkin yang  kamu mampu
Hidup membantu kerana Allah S.W.T .

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.30 pagi
Jumaat Tarikh: 2hb Februari 2018.

MATI DAHULU SEBELUM HIDUP


ingin kukhabarkan.jpg

MATI DAHULU SEBELUM HIDUP

Kita dijadikan dari benda yang beku
Melalui proses tertentu barulah kita lahir untuk hidup
Kemudian dengan kekuasaan Alah SWT lantas di mematikannya semuan
Kerana di akhirat nanti tidak ada lagi  kematian  selepas kita di hidupkannya  semula .

Kerana kita  di dunia ini sementara
Kehidupan kita semula  di akhirat yang telah ditetapkan
Kerana kehidupan kita buat  kali kedua ini satu kehidupan dalam perhitungan.
Untuk mendapatkan syurga atau nerakan yang kekal untuk kehidupan selama-lamanya.

Disebabkan kehidupan di dunia ini
Semuanya tidak boleh lari kematian akan memburumu.
Kerana setiap yang  hidup akan merasaai kematian sesatu ketetapan Allah SWT
Kemudian Allah SWT menilai segala amalan yang kita lakukan semasa di dunia  dahulu..


Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
Khamis Tarikh:  1hb Februari 2018.