Sabtu, 10 Februari 2018

HEBATNYA ALLAH SWT?


angin berbisik.jpg


HEBATNYA ALLAH SWT?  

Sesungguhnya sesuatu ciptaan Allah
Amat tersusun dan begitu rapi
Bila bulan yang lebih kecil
Daripa matahari
Tetapi bila di pandang dari jauh
Ternya matahari lebih kecil
Dari bulan dan  bukit dan gunung.

Malah segala cekrawala di alam maya
Jangan kita dengar berlaga
Bergeseran setiap hari
Atau pun musnah
Tetapi setiap kejadian ini pasti
Beredar dan mengikut peraturan
Sebagaimana Allah SWT menetapkan.

Begitulah kehebatan Allah  berkuasa
Menjadkan  langit dan bumu
Untuk renungan  kita
Sebagai makhluk
Bagi menyakinkan keimanan
Kerana  kemampuan minda terbatas
Cukup bila kita ada keyakin kewujudanNya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Selasa Tarikh ; 6hb Februari 2018.


Ahad, 4 Februari 2018

BICARA BUAT TUHAN


angin berbisik.jpg

BICARA BUAT TUHAN

Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menunggu hari
Untuk tidak ada kembali
Kemudian aku menunggu lagi
Untuk hidup yamg ke dua kali pula.

Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Kemudian dibicarakan pula
Di Yaumal mahsyar
Aku pun tidak tahu
Apa yang Engkau mahu?

Tuhanku!
Apa masakah
Yang telah memaksaku
Melempar aku di dunia ini
Menghitong dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadarmu
Menentukan aku ke Syurga atau Neraka ?


Oleh: Nurimanja,
Rajang, Sarikei, Sarawak Malaysia Timur.

Sajak  dari Antlogi Lagenda Cintaranuri MT,

JUMPA WANG AJAIB DI RUMAH


ingatlah.jpg


JUMPA WANG AJAIB DI RUMAH

Walau pun kita kini
Melangkah ke zaman serba cangih
Tidak siapa dapat menafikan
Kalau masih ada cerita illusi yang anih
Terlalu sukar dan amat  ajaib
Untuk kita menceritakan ada keganjilan
Di dalam rumah kita sendiri
Seperti tengah mandi, tidur dan makan
Tetiba wang kertas melayang
Lalu  jatuh RM10.00 di tepi  kita,

Atau telephon kita
Berbunyi tepat setiap  jam 5 pagi
Bagaikan mengejut  solat sunat  tahajut
Kekadang dalam bekas gula
Bekas beras, milo terdapat
Atas sofa meja makan dan  tulis
Di bawah mesin basuh belakang peti ais
Terdapat wang kertas
RM 1  RM 5 RM 10
Atau pun RM 50 juga RM 100.

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.50 pagi
Jumaat Tarikh: 2hb Februari 2018.

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG


alam berubah.jpg

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG
Bakar lah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan muda mudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.
Pukul lah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.
Jadikan lah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.

Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem China kantonis

.CINTAI ALLAH DALAM TAHAJUDMU


senja berlabuh.jpg

CINTAI ALLAH DALAM TAHAJUDMU

Cintai Allah
Di dalam tahajudmu
Ketika  orang lain tidur lena
bagunlah bertahajud
Baca Quran dan maknanya
 berzikir lah terus berpanjangan
Banyakkan bergaul
dengan orang beriman
dan berilmu agar kita selamat
Banyakkan cari pahala  
Dengan berpuasa sunat
kamu dalam  hari,
minggu, bulan yang tertentu.
Bersedekah atau menderma lah
Sebanyak mungkin yang  kamu mampu
Hidup membantu kerana Allah S.W.T .

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.30 pagi
Jumaat Tarikh: 2hb Februari 2018.