Khamis, 7 September 2017

BALASAN ORANG ALIM DAN JAHIL


pasir berbisik.jpg


 BALASAN ORANG ALIM DAN JAHIL  

Allah SWT menjadikan pilihan
Ada dua jalan kepada manusia
Ke nekmatan atau ke azapan
Jalan ke nekmat masuk syurga
Jalan ke azapan masuk neraka
Terpulang kepada diri kita sendiri.

Orang yang alim dan orang jahil
Apa sahaja yang Allah SWT jadikan
Segala kebaikkan itu dikira ujian
Dan segala kejahatan juga ujian
Maka berwaspadalah kita semua
Menjalani kehidup di dunia fana ini.

Allah SWT tidak akan ikhtirap
Rasa keimanan kita selama ini
Jikalau tidak di kenakan ujian
Kepada setiap orang yang alim
Dan begitu juga orang yang jahil
Bagi mendapakan pengiktirafan.


Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.00 petang
Selasa Tanggal  31hb Januari 2017.

ZAHID BIN HARISAH


derita ditinggalkan.jpg

ZAHID BIN HARISAH  

Dalam usia masih kecil
Tetiba negaranya di serang
Dalam usia 8 tahun telah ditawan
Kemudian dia  telah dilelong sebagai hamba
Akhirnya dibeli di hadiahkan kepada keluarga khadijah
Bagaimana pun di jagai oleh Rasulullah bersama kahidijah isterinya.

Ibunya mencari Zahid
Sering bertanya siapa sahaja
Bersama suaminya sambil besyaer
Ibu bapanya terus berazam untuk mencari
Begitu sedih dan sayunya di atas kehilangan puteranya
Mereka menyangka Zahid telah tiada lagi di dunia puas mereka mencari.

Sewaktu keluarga Zahid
Mengerjakan haji mereka menemuinya
Lantas di khabarkannya kepada kedua ibu bapanya
Maka bergegarlah keduanya membawa hadiah sebagai tebusan
Lantas nabi memberi dua alasan tanyalah Zahid untuk tinggal dengan siapa
Zahid bin Harisah menjawab ingin tinggal bersama dengan Nabi Muhamad SAW.


Oleh:  Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 .30 petang
Isnin Tanggala 30 Januari 2017.




UCAPKANLAH SELALU


maafkan.jpg


 UCAPKANLAH SELALU

Astaffirullahhhhhh
Innallah Kanata wa baaaaa
Ucapkan setiap hari pagi dan petang
Agar dosa-dosa mu yang lalu akan diampunkan.
Kerana Allah SWT maha pengampun dan maha penyayang.

Taufik dan hidayah
Bukan untuk orang Islam saja
Allah akan memberi kepada sesiapa
Jika mereka rasa terbuka hati untuk menerima
Sebenarnya merekalah orang yang mendapat taufik hidayah.

Jangan kita menghina
Sesuatu kaum diantara kamu
Kekadang kita tidak tahu kaum dihina lebih baik
Daripada bangsa dan kaum yang telah kita hina selama ini
Sesungguhnya Allah melihat, mendengar dan maha mengetahui.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .30  pagi
Hari  Isnin Tanggal 30hb Januari 2017.

BERCAKAPLAH DENGAN DIRI SENDIRI



hati.jpg

 BERCAKAPLAH DENGAN DIRI SENDIRI  

Belajarlah bercakap
Selalu dengan diri anda sendiri
Kerana selama ini anda tidak melayan
Apa yang telah diri anda katakana selama ini
Sehingga kata-kata yang baik pun anda abaikan sahaja.

Dengarlah kata-kata
Diri anda dan kata-kata sendiri
Jikalau terbit dari rasa hati yang ikhlas
Pastinya kerja yang ingin anda lakukan itu baik
Jikalau daripada bisikan syaitan pasti budaya kejahatan.

Sebaiknya kata diri
Perlu didengar selepas solat
Setelah kita mendapat jiwa yang tenang
Pastikan bisikan ungapan katanya bernas bersih
Maka jadikanlah sebagai azimat untuk kita mengikutinya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Ahad Tanggal 29hb Januari 2017

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK



images.jpg

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK  

Hati ini
Jangan dibiarkan
Berdolak dalik setiap hari
Jika kita ingin dipercayai selalu
Kerana orang ramai sering menilainya.

Hati ini
Suka berubah
Dan berdolak dalik saja
Ungapan hari ini esok berubah
Kerana tabiatnya suka berubah-ubah.

Hati ini
Tidak dikawal
Ianya akan menguasai
Segala kehendak hawa nafsu
Menjadikan diri kita ini leteh dan lesu.

Hati ini
Kena diawasi
Pada etiap tindakannya
Jikalau  ikhlas baiklah jadinya
Jikalau  jahat buruklah jadi padahnya.


Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .10  pagi
Sabtu Tanggal 28hb Januari 2017.