Khamis, 1 Jun 2017

ADA EMPAT PERLU DIINGAT







ADA EMPAT PERLU DIINGAT

Zikir itu  ingat selalu kepada Allah SWT
Kerana  Allah SWT yang telah menjadikan makhluk
Mencipta dan memerentah sekelian alam di dunia fana ini
Melantik manusia sebagai khalifah di antara makhluk yang lain.

Zikir hadir hati kerana kepada Allah SWT
Termasuklah se waktu kita mengerja amal ibadat
Barulah ada kekhusukkan merekalah orang yang Berjaya
Sehingga melatihkan diri sentiasa mengingatinya dimana sahaja.

Kita  patut pergi menuntut ilmu pengatahuan
Terutama mengenal Allah SWT selain ilmu yang lain
Kerana bila berlajar dan beramal  ada ilmu yang berguru
Barulah ada pengetahuan keagamaan. Solat kyusuk kpd Allah SWT.

Hidup kita perlu terus berusaha sepanjang masa
Menuntut ilmu sepanjang hayat dari buai ke liang lahat
Kerana tanpa ilmu yang bermafaat kerja alam tidak berkat
Menuntut ilmu berusaha mengetahui mencari ilmu kerana Allah SWT.

Oleh: Nuri Manja
catatan waktu pulang k e kampung
Kerian Perak Darul Ridzuan.
Tanggal 7hb Feb 2017.

DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA




DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA

Telah pun kita ketahui
Adam di campakkan ke dunia fana
Disebabkan kesalahan melanggar perintah
Sedangkan syurga itu tempat yang aman dan damai
Kini dunia sebagai tempat penyeksaan dan hukuman sementara
Setelah ada keinsafan dan penyesalan baru kita di kembalikan semula ke syurga.

Jadi janganlah kita leka
Hidup di dunia ini cuma sementara
Menjadikan  dunia tempat bermain dan hiburan
Sedangkan kita dalam ujian menjalani hukuman kesalahan
Jika kita tidak ada keinsafan dan persediaan untuk kembali semula
Setelah dijemput kembali barulah kita tersedar dari mimpi dunia ini fatamargana.

Alam yang kekal akhirat
Di sini kita bagaikan pendatang saja
Untuk menjalani hukuman dan ujian penilaian
Sama ada kita di dunia ini hidup mewah atau sebaliknya
Semuanya adalah ujian Allah S.W.T untuk menilai kita layak ke mana?
Jika kita lupa lalai dan leka pastinya kita gagal untuk di tempatkan ke syurga Nya.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam7 .00  petang
Sabtu  Tanggal 4hb  Februari 2017.