Selasa, 19 Julai 2016

DI HUJUNG MALAM ADA SEPI YANG MENANTI





DIHUJUNG MALAM ADA SEPI YANG MENANTI

Di hujung malam ada sepi yang menanti
Buat seorang  aku mencari sepi
Untuk berbicara dengannya.

Biar pun sekian lamanya aku menanti
aku ingin mengadu soal kesepian
segala hal peribadi ku ini.

Kini sudah pun mencengkam hidupku
Kian parah dan juga rasa terluka
terpendam di lubuk hatiku.

Sepian bolehkah mengubat hati luka?
Kalau aku kabarkan agak anehkan
Bila peria tua diolek sepi.


Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 6.00 pagi
Hari Isnin 27hb Jun 2016.

Isnin, 18 Julai 2016

BILA USIA KITA DI HUJUNG SENJA






BILA USIA KITA DI HUJUNG SENJA

Apabila usia kita berada di hujung senja
Berbagai angkara penyakit kita terima
Pertama sekali soal kesihatan  anggota
Gigi, Mata, telinga , otak kita terganggu
Gigi kita boleh diganti dengan gigi paslu
mata kita boleh di pakaikan cermin mata
telinga kita pun ada tambah pendengaran
otak kita yang paling susah untuk diubati
kerana ingatan kita ini selalu terganggu
selalu menjadi lupa tak ingat dan nyanyok
Masa itu ramai memanggil kita orang tua
Di sini ada keinsafan dan kesedaran hati
Kita sudah tua bersedialah untuk kembali
Sebaiknya jangan asyik  dengan dunia ini
Kerana perjalanan kita ini hamper tamat
Bersedialah dengan bekalan ibadat kita
Untuk perjalanan kita di negeri akhirat


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.30 pagi
Tanggal Jumaat 24hb Jun 2016