Rabu, 30 Mac 2016

HIDUP SEORANG PESARA






26.HIDUP SEORANG PESARA

Seorang pesara
Sentiasa gudah gulana
Apabila usia di hujung senja
Memikirkan tentang kematiannya
Masih bernafas untuk esok atau lusa?

Wang bukan lagi
Satu cerita soal utama
Kalau sakit ke hospital sahaja
Segalanya  mudah dan percuma
Buat seorang bekas pesara kerajaan,

Kematian sering
Datang menghantuinya
Mengganggu jiwa dan perasaan
Banyak amal ibadat mungkin bahagia
Penuh kemungkaran ini yang merisaukan?

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.40 pagi
Tanggal 22hb Januari 2016.

ORANG PATI SELALU DIBURU






25.. ORANG PATI SELALU DIBURU


Kehidupan warga orang pati
Masuk secara haram
Selalu sahaja di buru
Tidur kurang lena
Sentiasa dalam ketakutan
Di tempat rumah sementara
Di tapak pembinaan
Mereka menyambung hidup
Bekerja secara haram
Ada yang bawa anak bini
Membesar dalam ke haruan
Mereka akan alah kadar
Soalnya boleh hidup
Masih mampu bekerja
Masa depan belum tentu
Terpulang pada nasib
Jika kerja habis
Berpindah lagi mereka
Di mana saja mereka di bawa
Asalkan  ada tapak pembinaan
Perumahan untuk orang tempatan.


Oleh Pena Utara,
Catatan jam 7.30 pagi
Tanggal 20hb Januari 2016