Sabtu, 7 April 2012

BERDALIH DALAM KESENYAPAN (1)


 
Tempat pertama  puisi  Mac 2012
 
Kini bintang di lingkungan matahari
Dalam hujan dan gelap malam
Mengelilingi matahari
penuh di dalam lingkaran
menguburkan berjuta kepercayaan
kini hanya tinggal rembulan
masih tetap berdalih dan kabur
ketika semakin larut dihujung sepi
dan terbenam dalam kesenyapan

Oleh: Irham Kesuma
sajak sinis/28 Mac 2012 3:51 PTG




Rabu, 4 April 2012

BUAT MEREKA YANG NGONG-NGONG






Ternyata telahan ini benar
Apa yang kita dengar  lihat dan baca Demi ada angenda tersembunyi
 Sehingga tidak perduli apa sahaja terjadi, Walaupun tergadai meruah jati diri
agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Kerjasama dengan dua puak Yahudi
Mungkin hanya cerita biasa di luar
Negara Bagi mengulingkan sesebuah Negara Apa akan terjadi jika perkara benar belaku?
Yng rugi dan menderita hanya rakyat biasa.


Harap jangan kita jadi Ngong-Ngong!
Fikir dahulu sebelum ikut membabi buta Jika harta di negara tercinta  telah musnah
Pastinya tidak ada arti pertukaran yang dijanjikan Melaikan kubur digali untuk kita  dikebumikan.


Oleh: Nuriamnja
  Catatan ibuat ; Tanggal 18/03/2012
  Selepas membaca akhbar dan melihat Berita Tv.