Jika gula naik minyak naik,
jangan panik cubalah bertenang
berfikir cara rasional dan berkriyatif
kerana kehidupan selalu berubah-ubah.
Bersyukur dan bersabarlah,
guna gula banyak merbahaya
kurangkan mengambil gula sihat,
gunalah minyak pada keperluan saja
jika berjalan kaki kurangkan kegemokkan.
Ada rezeki jangan dibazirkan,
gunalah duit pada kerja berfaedah,
berbelanja biar kurang dari pendapatan
banyakanlah berikhtiar dan bermuhasabah
semoga rezeki yang sadikit tetapi diberkati Allah.
Oleh : Nurimanja,
Biarlah miskin tegar
asal hidup tidak salut mungkar.
dua tiga hari yang lalu Julai, 2010.

