Memaparkan catatan dengan label nilaikendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nilaikendiri. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2011

RAMA-RAMA DAN LEBAH



sajak pilihan warga Cr.

Langit biru bertukar menjadi taman
Rama rama berterbangan kiri kanan
Hinggap pula di atas sebuah dahan
Datang seekor lebah sebagai peneman

Rama rama menari ligat
Sambil ditemani lebah bermain gitar
Setelah penat mereka berehat
Sebelum matahari hilang ditelan kabus terketar

Rama rama itu duduk di atas lebah
Sambil lebah mengepakkan sayapnya
Mereka meninggalkan taman lembah
Menuju pula ke lorong lorong mimpi indahya

 

Oleh: Ustaz Deraman
Sungai Ara
sajak lama saya 1980