sajak pilihan warga Cr.
Lihat di kiri dan kananmu,
lihat di sekelilingmu,
celaru terus membuntu,
keliru, kaku lalu ia pun layu.
Ya ini bangsaku melayu.
Segalanya kian runtuh,
akhlak dan budi bahasanya.
Tata tertib serta tata bicaranya,
kini semuanya tidak lagi dijaga.
Nafsu amarah terus membinasa,
lalu hancur iman di dadanya.
Rakus, itu perkataannya.
Nama dan harta yang dikejarnya,
tak lekang di bibir menyebut dunia.
Bangsa sendiri terus dihina,
bangsa yang lain disanjung pula.
Bukankah jahil itu namanya?
Sedih,kecewa,luluh jiwa raga,
melihat bangsaku terus layu.
Hanyut, tenggelam, terus tertipu.
Namun takkan pernah seumur hidupku,
aku malu dengan bangsaku,
kerana sedar semestinya aku tahu,
asal-usulku berbangsa melayu.
Lihat di kiri dan kananmu,
lihat di sekelilingmu,
celaru terus membuntu,
keliru, kaku lalu ia pun layu.
Ya ini bangsaku melayu.
Segalanya kian runtuh,
akhlak dan budi bahasanya.
Tata tertib serta tata bicaranya,
kini semuanya tidak lagi dijaga.
Nafsu amarah terus membinasa,
lalu hancur iman di dadanya.
Rakus, itu perkataannya.
Nama dan harta yang dikejarnya,
tak lekang di bibir menyebut dunia.
Bangsa sendiri terus dihina,
bangsa yang lain disanjung pula.
Bukankah jahil itu namanya?
Sedih,kecewa,luluh jiwa raga,
melihat bangsaku terus layu.
Hanyut, tenggelam, terus tertipu.
Namun takkan pernah seumur hidupku,
aku malu dengan bangsaku,
kerana sedar semestinya aku tahu,
asal-usulku berbangsa melayu.
Oleh: Pak Haji
Melaka
di stesen teksi/2010 Oktober 28 23:31
Dicatat oleh Nurimanja di 5:10 PM
Melaka
di stesen teksi/2010 Oktober 28 23:31
Dicatat oleh Nurimanja di 5:10 PM
