Memaparkan catatan dengan label menyerah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menyerah diri. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2010

PUISI ORANG BERIMAN


Buat orang beriman
Banyak muhasabah diri
Sehari semalam baginya
cuma ada tiga waktu sahaja
Siang bekerja bersama keluarga
malam menulis mencatat peristiwa
bangun malam menyerah kehujung pagi

seorang iman Attabari
tidak ada masa memfitnah
membuat perkara yang laghou
apatah lagi maksiat dan mungkar
sesungguhnya Allah tidak menjadikan
sesuatu itu bukan perkara yang main-main
kerana ada syuga dan neraka bukannya sia-sia.



Oleh : Nurimanja,
jumaat pagi jam 9.00
waktu Malaysia Barat 2010.

Selasa, 30 Mac 2010

SERULAH PADA SOLAT!


Serulah ahli kamu
pada mengerjakan solat
cuma 5 waktu sehari semalam
Bila bangun mengerjakan solat
membersihkan diri kita sepenuhnya
menyerah diri serendah semut melata
membayangkan diri sehalus debu terbang
itulah perjanjian kita sebelum lahir
membiasakan diri dengan penuh takwa
sebelum kita dipohon jemput kembali
kepangkuan yang maha esa rabbul izzati.

Oleh ;Nurimanja,
jumaat petang hari,
Tanggal 26hb, Mach, 2010.